Sunday, June 3, 2012

Taman Kaktus

Dalam banyak2 pokok yang ada di laman mm, yang paling senang dijaga serta senang juga 'kojol' nya ialah POKOK KAKTUS/ cactus.
Senang dijaga sebab tak memerlukan penyiraman yang kerap; kalau tidak dia akan membusuk pangkal akarnya. Namun bagi mereka yang tak sabar...memang boleh sakit jiwa, tau..sebab lambatnya membesar apatah lagi nak berbunga. Oleh kerana itu, kita yang menanamnya kena tahu segala kehendak, habitat, do & don't  tentang pokok ini.




Kalau di Cameron Highland, banyak jenis2 kaktus yang cantik dijual. Dapat harga murah lagi, tau.
Biasanya mm beli benih pokok ni di Jusco ataupun Tesco je sebab mm bukan selalu pergi ke Cameron Highland tu. Ada juga yang dibeli di nursery biasa2 di tepi jalan. Namun, sudah agak lama juga dah mm tak membeli pokok2 apapun sebab kesian kat pokok; sampai je ke tangan mm ni, alamat tak lama lah pokok tu nak menemui ajalnya! Kesibukan dan kemalasan: 2 penyakit yang semakin hari semakin membarahi hidup mm...aduh, klasiknya bahasa, mesti cikgu2 BM hangin satu badan membaca blog mm ni. Maaf, sesekali mm pun teringin juga nak guna bahasa slanga orang2 muda ni....

Bermain dengan kreativiti: caramana meletak pokok kaktus di tempat yang sesuai sangat penting kerana pokok2 ni kecil dan comel untuk dipamer. Jika kita tersalah tempat, orang tak nampak pula! mm letakkan di celah2 tunggul kayu mati, ada kura2 plastik lagi!

 Pasu2 kaktus ada yang diletakkan atas 'kukur nyioq'/kukur kelapa yang lama kepunyaan bonda mm.



mm juga letakkan dalam bekas besi khas, selalu tengok orang guna besi ni letak cupcake & muffin atas meja!
banyak yang dah tinggal pasu je dah
rumah kaktus


 mm gunakan bekas dodol dibuat dari anyaman mengkuang; dodol jenis ni banyak dijual di Melaka.
 Diletakkan pada besi gerbang.

kaktus ku berbunga

2 jenis kaktus ni agak cepat membesar. Durinya pun bukan main tajam lagi. Jadi mm tempatkan pasu2 pokok ini di bahagian belakang rumah; nak bagi jadi pagar lah konon2nya!

Ada juga yang jenis pokok kaktus yang sesuai diletakkan di dalam rumah; di atas meja makan atau di para/kabinet dapur. Malahan ada yang diletakkan di rak di bilik air.


 Untuk catitan semua, pokok kaktus yang diletakkan di dalam rumah, jangan disiram air hari2. Cukup disembur sesekali sahaja supaya akar dan batangnya tidak membusuk dan mati.
Pokok yang macam kat dalam gambar ni mm letakkan kat luar pagar rumah, sebab memerlukan cahaya matahari yang banyak.

No comments:

Post a Comment