Sunday, January 6, 2013

tutorial: Bedung bayi moden


Asal2 sejarah Baby swaddle wrap/ blanket atau biasanya orang kampung dulu panggil bedung itu sebenarnya perlu untuk bayi dari 0-3/4 bulan bagi mengelakkan ia menangis apabila terkejut dengan sesuatu bunyi dan gerak. Lagipun dengan membedung, bayi akan tidur lebih lama dan nyenyak; alasan yang paling lojiknya..bayi mungkin masih terbawa2 keadaan di dalam rahim ibu, merasa selamat gitu! Itu sebabnya, bayi sangat elok dibedung sewaktu tidur malam.
Sayangnya, orang sekarang sudah tidak mahu gunakannya lagi, kononnya dikatakan kolot....tapi mereka ni tak tahu yang di negara barat, orang putih masih membedung bayi mereka. Malah mempermodenkan rupa bedung yang asal2nya dulu hanyalah secebis kain dari tampal-cantum (patchwork) dan quilt. Kalau kat negara kita, dulu2 tu guna kain batik atau kain pelikat yang dikoyak jadikan 3-4 keping. Kemudian, bila ekonomi orang Malaysia semakin baik, kita pun beralih ke kain lampin atau selimut/ blanket khas.
Di barat mereka 'bungkus' bayi bagi elakkan sejuk melampau juga, sebab tu biasanya kain bedung dibuat berlapis dan dari fabrik tebal. Kita di negara2 Khatulistiwa ni guna kain kapas atau flannel dah okay dah.
mM nak kongsikan di sini; tunjuk cara bedung tradisi..
seeloknya bagi bayi tu berpakaian dulu..
Menggunakan kain 4segi sebegini barangkali menggusarkan ibu, takut kain tertutup hidung bayi, kan?

Di sini, mM nak kongsi cara buat BEDUNG MODEN untuk mereka yang suka buat sendiri.
Mari...men d.i.y.!
Sebelum tu, mM minta maaf atas gambar2 yang tak jelas serta keterangan yang juga tak berapa jelas; tak pandai nak mengajar..maklumlah bukan cikgu-cikgi pun!

Barang2 keperluan:
2 jenis kain berlainan corak iaitu
   1 meter kain kapas/cotton
   1 meter kain flunnel/ felt/ minky atau ikut suka  hati korang lah.
Velcro @ pelekat; hari ni mM ajar guna benda ni; korang tahuke nak cari kat mana?
    Mestilah kat kedai jahitan! Murah je, boleh beli 1/4 meter.
   (ada yang guna reben atau buckle; janji dia orang tak mau nampak style lama yang guna pin besar tu!)
Semestinya kena ada pembaris, pensil tailor, jarum, benang, pin/jarum peniti, gunting dan mesin jahit!

Boleh draf paten di kertas terlebih dahulu kalau tak mahu kain korang tersalah gunting pulak. mM ni pemalas sikit, jadi terus gunting ja..
Mula2 kain dilipat 2 di bahagian yang 23" tu.

  Potong kain macam ni...

 Gunting 2 keping sama size.
Lekuk tu korang buatlah sendirii, nak ngajar pun tak reti nak tulis!

 Untuk POKET: tempat nak letak bayi
Poket.... Sebelum dibuka...

Bahagian bawah tu, ikut lengkukan kain yang besar tadi.
 Cantum, pin dan jahit kedua2 kain besar tadi secara terbalik.
Jangan lupa tinggalkan lubang/ruang dalam 3"-4" untuk menterbalikkannya nanti.
(huhhhh...maaf, tak tahu nak ajar korang! Cakap, bolehlah..
mM dah tak pandai nak buat untuk You-Tube pula!)
.
 Bila dah siap dijahit, terbalikkan dan jahit bahagian yang korang tinggalkan lubang tadi.
Akan kelihatan macam ni lah nanti...

 Lepas tu, buat & jahit 2"box-pleat di tengah2 bahagian atas, agar bedung ni dapat merangkul bahu bayi lebih selesa. (maaf, tak reti nak guna bahasa mudah..)
 bahagian luar

bahagian dalam akan kelihatan seperti ini

 Ini poket, selepas dicantum ke2-2nya. 
Ambil pelekat Velcro, potong 12" dan jahit di tepi kiri bahagian dalam poket.
Cantumkan poket ke kain yang besar/dasar tadi. 
Jahit menurun dari tepi kanan, bahagian bawah membawa ke kiri menghampiri dengan Velcro di poket tu.
Jahitkan pasangan Velcro tadi ke dasar.
Dan akan kelihatan seperti ini...

 Gulung tuala mandi dan masukkan ke dalam poket. 
Ini caranya kita nak tengok lokasi sesuai nak letak Velcro.
Lipat sayap dasar tu, pin atau tandakan tempat untuk Velcro.
 Lipat sebelah lagi, buat perkara yang sama.
 Buka  pin dan jahit Velcro di tempat yang ditanda tadi.
 Nahhhhh...ini model montel & pendek...
Lipatlah bahagian bawah masuk ke dalam poket. 
Yang iniiiii...model kurus panjang...
tarik bagi ketat; biar fit.

SELAMAT MENCUBA

3 comments:

  1. Replies
    1. Terimakasih.
      Bedung begini kalau jahit sendiri, berbaloi. Kalau membeli, agak rugi juga tambahan kalau harga mahal sebab tidak boleh guna lama. Bayi cepat membesar. Lebih baik gunakan selimut/blanket, bayi dibalut/dibedung secara lama..sebaiknya gunakan pin nappy (yang besar dan ada lock).

      Delete
  2. menarik tapi boleh tahu ukuran pelekat tu

    ReplyDelete