Orkid ni asalnya orkid liar; orkid hutan. Kebiasaannya tumbuh di dahan pokok.
mM tanam dah lama. 2-3 tahun lepas, kerap juga berbunganya. Kadang2 4-5 tangkai sekali berbunga, berjuntai2. Cantik sangat kelihatannya.
Asalnya pokok ni ada banyak pasu. Sempatlah bagi buat kenangan pada jiran mm, Jah, yang berpindah tempohari.
Sejak rumah buat renovation, dan pokok Payung Mahkota tempat mM menggantung pasu orkid ni ditebang; lansung ia tak berbunga. Merajuk agaknya si orkid tu!
Lama menunggu dia berbunga semula...
mM tak tahu lah nak panggil nama orkid apa...jauh sekali nama saintifik nya!
Harap2 selepas ni, pokok yang ada 2 pasu ni akan terus berbunga..barulah bersemangat semula nak masuk taman!
######################################
ni....masa pergi Kangar bulan lepas, gigih nak ngambil anak pokok orkid cataleya merah; sayang tengok tuan rumah letak kat luar pagar ja! |
orkid harimau...dah 2 kali menanam tapi mati busuk akar! tak tahan duduk bawah 'shade' @ 'awning' |
orkid desa / anggerik merpati ni pun dah jadi arwah juga dah.. mM sedang berusah nak cari ganti! |
No comments:
Post a Comment