Biasanya orang panggil PISANG TUNJUK LANGIT...
- sebab jantung pokok pisang ni menunjuk ke langit; tidak menunduk.
Ada juga yang memanggilnya PISANG DERHAKA...
- sebab dianya berlawanan dari kejadian asal yang sepatutnya jantung pisang terkulai.
Apa2 pun, POKOK PISANG HIASAN ni memang menarik perhatian mM.
Tak ada pula jual kat nursery pokok yang pernah mM kunjungi.
Dulu ada kawan mM, cikguNaemah tu bagi serumpun pokok ni; tapi selepas buat renovation rumah mM, habis dah tak nampak rupanya lagi. Nak minta lagi, malu pulak!
Dalam pasu di rumah mM ni ada sepasu pokok pisang.
Mewah daunnya; dikira suburlah juga.
Sayangnya sudah beberapa tahun dah dalam pasu ni...tak lah pula nampak gaya nak berbunga atau berbuah. Jadi mM pun tak pastilah pokok pisang buah atau pokok pisang hiasan!
nak tunjuk contoh untuk mengkitar semula... |
No comments:
Post a Comment