Saturday, January 26, 2013

mesin jahit semput

Tetiba pula hari ni, mesin jahit mM buat hal...
Sebenarnya dari petang semalam dah meragam, tapi masih lagi boleh digerak2kan jahitannya.
Namun pagi ni...memang semput terus, demam agaknya..hehehe.
Apa lagi...nampaknya terpaksalah dihantar ke klinik..sebab banyak job di senarai things-to-do mM.
aD bawa pergi kedai, mujurlah setakat tukar beltingnya saja..patah!
Kalau kena tukar motor ke, gear ke..sikit punya naya! Alamat RM120 dah tentu melayang, belum lagi dikira berapa lama pula spare-partnya nak sampai.
Tuuuu..mesin basuh mM pun dah 3 minggu dahhh; dok tunggu barang sampai; tak settle2 lagi.
belting yang patah..

Memang mesin jahit letrik ni macam ni..cepat rosak; lainlah kalau yang industry @ heavy-duty machine.Kalau yang kegunaan di rumah ni, kata orang "kena jahit 1/2jam rehat 1 jam" baru dia tahan lama! mM tak buat macam tu pun sebab mood nak menjahit datang tak tentu masa..., lagipun kita bukan tak ada kerja lain lagi nak dibuat..nak bertangguh2 begitu.

Itu sebablah dah 3 kali ganti mesin jahit dah mM ni sepanjang 33tahun!

1981...lebih kurang macam ni lah...
Lepas tu 1994, ganti lagi..
2009..ganti yang macam ni je..
konon2nya, nak beli yang canggih lagi...
 ini ruang jahit mM...
 semaknya....

No comments:

Post a Comment