Labels


Showing posts with label tanamtamanlaman. Show all posts
Showing posts with label tanamtamanlaman. Show all posts

Friday, September 12, 2014

sedekah atau jual?

mM bukan nak bersaing dengan geng yang berjualan pokok sebab pokokpun tak banyak; cuma bila masa trim/cantas2 tu sayang pula pokok2 tu masuk tongsampah dan naik lori majlis.
Oleh itu mM terfikirkan kenapa tidak dibagi2 pada mereka yg baru nak start berjinak2 ber'gardening'; tetapi maklumlah kos pos laju, pembungkusan serta minyak transport ke pejabat pos pun nak kena ambil kira juga...walau hajat hati nak bersedekah je..

Itulah sebabnya dikenakan bayaran.
JADI, MINTA HALALKAN KALAU ADA YANG TERLEBIHKURANG...
SETIAP PAKEJ : RM 15
kalau beli 1 pakej harga RM 15 sahaja
harga untuk pakej seterusnya tambah RM 8 setiap satu
SEMUA PENGHANTARAN DENGAN POS LAJU
dalam harga RM 6 --> RM 9: sebab takut pokok lecur kalau pos biasa
POKOK DALAM PAKEJ TAK BOLEH DITUKAR sebab mM banyak kerja lain;tak dapat nak layan satu satu permintaan..takut tersalah masuk sampul/penghantaran..
BAYAR DULU baru mM hantar/pos
Pokok2 yg berdahan kayu/keras, adalah dalam bentuk keratan batang.
HARAP MAAF, SEBAB I.D. POKOK mM TAK TAHU, MALAH NAMA PANGGILAN PUN BARANGKALI BERLAINAN.
BERMINAT...PM di facebook.https://www.facebook.com/maimunah.ahmad1

Akan ditambah jika ada pokok2 lain kemudian...












Wednesday, June 12, 2013

heliconia

Meriahnya tahun ni...pokok2 heliconia mM tak renti2 berbunga.
 Ini jenis sepit ketam

 Yang 2 ini pula sepit udang

 Yang ini? Sama macam sepit ketam juga...tapi dia ni jenis menurun berjuntai.
mM tak pandai nama scientific @ botanical name nya; main sebut ikut suka je.
Inilah sebabnya dipanggil bird of paradise agaknya....selain dari bentuk kelopak bunganya yang nak macam burung tu...

cuba perhatikan...


....ada semacam rupa burung, kan?

Friday, May 3, 2013

ros kuning..

Ni nak tunjuk2 gambar bunga ros yang sudah lama berkembang di taman mM...
asal2nya warna kuning pekat..
sayang tak teringat nak ambil gambarnya
kemudian beransur2 menjadi kuning lembut
ni dah hampir nak gugur petalnya lah ni..

Monday, April 22, 2013

semangat menanam bunga



Sampai ke hari ni, mM masih tak dapat nak membezakan antara kemboja dan cempaka...tapi mungkinlah jika 2-2 pokok dan bunga tu ada di depan mata; keadaan tidaklah rumit sangat kot.

Yang ni, nak dipanggil apa ya? Kemboja agaknya kan?
Ramai yang bertanya kenapa mM tanam pokok kuburan ni di depan rumah.....
Saja ja...mM sukakan baunya. Juga warnanya yang putih bersih tu. 
Sebenarnya dulu mM tanam pokok ni di tepi kolam 'water-fountain' yang mM bina sendiri.
Taman konsep ala2 Bali gitu u!
Dan kemudian bila renovate rumah, terpaksalah korbankan kolam dan taman yang sekangkang kera tu... jadi mM pun ubah masukkan ke dalam pasu besar. Memandangkan pokok ni perlukan cahaya matahari sepenuhnya, jadi terpaksalah mM letakkan ia di luar, di depan rumah! Itu saja reason sebenarnya.
2-2 pokok bunga warna ni, ada seseorang yang telah berjanji nak bagi benihnya...tapi tak sampai2 pun sehingga sekarang! 
Alaaa...keratan batang/tangkai dalam sejengkal je pun! Tak perlu mengorek atau cabut sepokok tu...
Nampaknya mM nak kena pergi cari di kedai nursery juga lah tu..kalau dah mengidam sangat.
Lama betul menunggu yang free!
Itulah..., mM memang fed-up dengan orang yang hanya pandai berjanji. Beria2 pulak tu, setiap kali jumpa..sebut nak bagi, nak bagi....
Tak sukalah kita kalau setakat janji-manismu aje macam lagu bakal YB Aishah dok nyanyi tu!
I CAN'T BREATHE lahhhh
 Pokok yang warna ni mM ada
Yang ni tak ada dah....
Janggut hantu (ada ke dipanggil JANGGUT NABI?) ni tinggal sebanyak ni aja.., dulu bukan main berjela2 panjangnya...tapi pekerja kontrak yang buat rumah mM tempohari memandai2 pula dibuangnya. Barangkali dia ingatkan yang itu adalah pokok mati agaknya!
Punyalah banyak jenis pokok asam batu ni dulu, bermacam2 warna daun..tapi yang jenis ni juga yang masih bertahan. Kesian mereka!
Itulah akibatnya tak membelai dan membela...Padan muka mM!
Nampaknya mM kenalah mulakan balik menghidupkan kerajinan yang sudah lama terkubur tu, demi...

Monday, April 15, 2013

orkidku berbunga lagi..


Lama betul tak cerita fasal gardening ni...
Rindu sesangat kat pokok2 tu tapi..., alahai penyakit malas ni dok tak hilang2 lagi...semakin tambah menebal lagi rasanya!
Sejak 2-3 hari ni, ada pula jiran yang menegur sebab tengok pokok2 orkid mM dah berbunga.
Jadi mM pun try jenguk2 pagi ni...
BETUL!
Hampir 5-6 pasu (dari 20+ pasu!) yang dah mengeluarkan bunga.
Seronoknya...

Itulah, pokok2 ni pun, jenuh kita melayan hari2; tak mahu berbunga.
Sekarang ni, dah hampir 5 bulan tak belek...baru nak berkembang.
Agak2nya pokok2 tu mesti ingat mM dah merajuk kot, ya...itu yang pakat2 berbunga; nak memujuk lah konon2nya!
Heheehh...

Okay, okay lah..mari kita layan gambar yang sempat mM klik tadi.





Logiknya, mM membajakan pokok2 ni 5 bulan lepas; jadi itulah agaknya sekarang baru betul2 meresap dan mematangkan pokok2 tu...tak ada kena mengena dengan pokok merajuk atau memujuk pun, kan?




Thursday, February 28, 2013

akhirnya.....sudahku tahu!

pokok pisang tunjuk langit @ pisang derhaka....
pisang hiasan
Dalam post yang lepas ada mM cerita tentang pokok pisang dalam pasu yang tak berbunga2 atau berbuah tu..
Syukur, Alhamdulillah, tetiba pagi tadi...selepas hampir sebulan tak menjenguk tanaman di luar tu dek kesuntukan masa menguruskan new-born baby & mamanya.....sewaktu mM nak menjemur baju-t adikAisyah sebelum ke hospital; ternampaklah benda ni di celah2 helaian daun pisang tu.
Wooww...seronoknya, baru ku tahu wahai pokok pisang, rupa2nya engkau memang jenis pisang yang kuharap2kan.
Hahahaha....TQSM Naemah yang telah memberikan mM benih pokok ni 5 tahun sudah!
Ya Allah, lamanya baru nak berbunga!
Kesian, pokok tanam dalam pasu, macam tu lah gayanya....Membaja pun tak ikut jadual, tanah pula tak pernah digembur; itulah akibatnya.
bestnya...
semuga ada lagi yang akan mencambah dalam masa terdekat ni..
pasunya pun tak besar..
ros kuning yang dah nak layu,
baru sempat tengok
pokok setawar inipun baru nak berbunga..
bunga setawar merah
ada pokok seperti ini juga,
setawar kuning..
tapi lama benar dah tak pernah nampak bunganya!
 Bila tengok gambar2 taman yang dipenuhi pokok2 bunga begini, sangat teruja rasanya nak pergi buat gardening...tapi, alahai...rumah pun tak ada kawasan lapang!
mM pernah menanam bunga dalam kereta2 sorong 4-5 tahun lepas sebelum rumah di renovate yang mengambil ruang bertanah.
 Akhirnya...harapan mM;