Yang ni, nak dipanggil apa ya? Kemboja agaknya kan?
Ramai yang bertanya kenapa mM tanam pokok kuburan ni di depan rumah.....
Saja ja...mM sukakan baunya. Juga warnanya yang putih bersih tu.
Sebenarnya dulu mM tanam pokok ni di tepi kolam 'water-fountain' yang mM bina sendiri.Taman konsep ala2 Bali gitu u!
Dan kemudian bila renovate rumah, terpaksalah korbankan kolam dan taman yang sekangkang kera tu... jadi mM pun ubah masukkan ke dalam pasu besar. Memandangkan pokok ni perlukan cahaya matahari sepenuhnya, jadi terpaksalah mM letakkan ia di luar, di depan rumah! Itu saja reason sebenarnya.
2-2 pokok bunga warna ni, ada seseorang yang telah berjanji nak bagi benihnya...tapi tak sampai2 pun sehingga sekarang!
Alaaa...keratan batang/tangkai dalam sejengkal je pun! Tak perlu mengorek atau cabut sepokok tu...
Nampaknya mM nak kena pergi cari di kedai nursery juga lah tu..kalau dah mengidam sangat.Lama betul menunggu yang free!
Tak sukalah kita kalau setakat janji-manismu aje macam lagu bakal YB Aishah dok nyanyi tu!
I CAN'T BREATHE lahhhh |
Yang ni tak ada dah....
Janggut hantu (ada ke dipanggil JANGGUT NABI?) ni tinggal sebanyak ni aja.., dulu bukan main berjela2 panjangnya...tapi pekerja kontrak yang buat rumah mM tempohari memandai2 pula dibuangnya. Barangkali dia ingatkan yang itu adalah pokok mati agaknya!Punyalah banyak jenis pokok asam batu ni dulu, bermacam2 warna daun..tapi yang jenis ni juga yang masih bertahan. Kesian mereka!
Itulah akibatnya tak membelai dan membela...Padan muka mM!
Nampaknya mM kenalah mulakan balik menghidupkan kerajinan yang sudah lama terkubur tu, demi...
No comments:
Post a Comment