Puding ni sejak 15 tahun lepas rasanya mm dah mula buat, hidangkan masa majlis raya-openhouse waktu tinggal di Sik, Kedah & Kuching, Sarawak. Semasa tinggal di Kuala Trengganu tahun 1996, mm berniaga kuih di Pasar Payang, K.Trengganu, puding triffle inilah antara yang paling laris sekali... tapi mm tak letak buah2an cocktail sebab jualpun dengan harga RM1 jee!
Sampai sekarang pun, kerap mm buat bila ada jamuan atau gathering kat rumah. Semasa 2 kali buat kenduri kahwin anak2 mm dulu pun, mm sediakan sendiri puding jenis ni sebagai dessert pencuci mulut untuk hidangan rombongan pengantin.
Di sini mm sertakan 2 versi resepi PUDING TRIFFLE untuk dicuba.
1 resepi orang dulu2, remeh sikit sebab semua nak kena buat sendiri maklumlah 10 tahun sebelum ni tak banyak pilihan di pasaran. Kek kena buat dulu sehari awal ke, lepas tu nak kena rendam agar2 lagi. Calang2 orang, fikirkan masa lagi, alamatlah memang telan air liur je lah!
Yang satu lagi tu, cuma guna puding & jelly/agar-agar yg dalam kotak je, kek gulung/ swiss roll pun berlambak dijual; tak payah susah2 lagi dah, anakbujang pun boleh buat; gerenti siap & jadi elok. 1/2 jam lepas masuk peti ais dh boleh ngap ngap.
PUDING TRIFFLE
kek gulung/ apa2 kek
1 tin susu cair
1 tin buah2an campur/cocktail (boleh guna sikit - ikut keperluan) airjus juga diguna
nata de coco jika suka
2 sudu besar gula
3-4 sudu besar tepung kastad
serbuk agar2 / agar2 yg sudah direndam sebesar tapak tangan
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna merah
LAPIS BAWAH:
KEK GULUNG:- tak kisah apa perisa pun, tapi cantik kalau berwarna hijau untuk nampak 3 warna. mm selalu juga guna kek biasa atau kek lapis, terutama bila nak buat sikit ja, gunalah sakibaki kek yg ada. (resepi kek InsyaAllah, nanti mm postkan kemudian, ya)
Potong kecil, susun di bahagian bawah & tepi bekas. Boleh juga susun bahagian bawah bekas saja.
LAPIS TENGAH:
PUDING:-tepung kastad dibancuh dengan jus buah (tinggalkan sedikit dalam 2sudu besar) Satukan dengan susu cair dan masukkan dalam periuk di atas api bersama gula & esen vanila. Kacau, masak hingga pekat dan berkilat baru tutup api dan tuang atas susunan kek. Taburkan 1/2 bahagian buah2an campur & nata de coco. Biarkan sebentar.
LAPIS ATAS:
AGAR2 / JELI:- didihkan agar2 hingga larut & pekat kerana kita memerlukan sedikit ja adunan ni. Baru masukkan pewarna merah & sedikit jus buah2an campur tadi. Tuang ke atas lapisan puding yg hampir keras, tabur lagi buah2an campur & nata de coco. Sejukkan dalam peti ais sebelum boleh dipotong.
Ok, itu resepi yg rumit2 sikit tapi terkawallah penggunaan gula, pewarna dan sebagainya selain dari dijamin bersih & halal sebab kita yg tentukan sendiri bahan2nya. Dibawah ni resepi mudah tapi kena pergi supermarket laa sebab ada kedai runcit tepi rumah tak jual benda2 ni....
Bahan2 PUDING TRIFFLE (cara2nya sama seperti di atas) versi mudah, senang lagi jimat masa terutama kalau guna microwave- nanti kita story cara masak guna microwave pula kat lain post, ok.
LAPIS BAWAH:- KEK GULUNG 1 BUNGKUS dipotong bulat2 & susun dalam bekas.
LAPIS TENGAH;- 1 KOTAK PUDING NONA dsb (ikut besar bekas la...1 kotak ke berapa); perasa & warnanya elok bergantung apa warna kek; kuning, hijau atau coklat, supaya nampak perbezaan lapis)
LAPIS ATAS:- 1 KOTAK JELLY NONA dsb: elok yg warna merah (ikut besar bekas juga la...berapa kotak yang perlu, tapi lapis atas tak perlu tebal sangat pun)
Lapis tengah & lapis bawah ni masak ikut arahan kat kotak tu jee...
lepas tu...dah selesai bab masak2, tunggu sejuk sikit sebelum dipotong.
Sedap & cantik juga kalau dihias dengan krim putar atau aiskrim dan ceri bertangkai.
SELAMAT MENJAMU SELERA!
puding triffle size ni la yg mm jual tu |
puding triffle sangat sesuai dihidang semasa makan beradap pengantin |

terimakasih kpd my.resepi kerana gambar ni |
SELAMAT MENJAMU SELERA!
No comments:
Post a Comment