Dear ad, mm and children...
Wishing you a very happy Hari Raya.
Contact us when you come to Kuching, Sarawak.
From,
Mr & Mrs Felix Wong & family.
Baru tadi terima kad ucapan Selamat Hari Raya dari seorang kenalan berbangsa cina beragama Kristian dari Sarawak. Kami sekeluarga saling kenal-mengenali semasa mm menetap di bandaraya Kuching, Sarawak tahun 1990-1994. Kami sekeluarga bukan saja sama2 bergiat aktif dalam perniagaan direct-selling/MLM Cosway dan LASY tetapi menjadi akrab dan rapat tanpa mengambilkira perbezaan bangsa & agama. Saling menghormati perbezaan tersebut dan menjaga batas2 pergaulan agar tak menyentuh hal2 sensitif yang boleh melukai hati sesiapa.
Kami saling kunjung-mengunjungi & sentiasa bertanya khabar berita jika tak berkesempatan berjumpa dalam beberapa hari. Mereka sekeluarga bersama kawan2 lain sering datang makan di rumah mm. Setiap kali ada open-house perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina atau Hari Krismas, pasti mm yang dijadikan caterer tak rasmi mereka untuk memasak kari ayam dan lain2 termasuk peralatan sekali. Itu jugalah yang buat pinggan-mangkuk periuk-belanga mm bertambah!
mm & DORA yang awet muda sebab tak banyak beza seperti dulu |
FELIX yg masih tegap walaupun dah umur 60an & ad |
Beberapa hari selepas pulang ke Sarawak, mm menerima sms dari Mr. F.........
" We are both very happy just to see you and your lovely family.
Your hospitality is most wonderful and touched our heart.
We look forward to see you in Kuching Sarawak someday.
Thanks a lot."
Alhamdulillah, gembira mm & ad sebagai tuan rumah sebab tetamu berpuashati .
Dan InsyaAllah, kalau ada rezeki; duitringgit , kelapangan masa dan kesihatan; harap kami dapat berkunjung semula ke Kuching Sarawak bagi mengembalikan nostalgia lebih 15 tahun lepas.
No comments:
Post a Comment