Saturday, September 10, 2011

resepi PUDING CARAMEL/ PUDING GULA HANGUS

Anak2 mm memang suka sangat dengan PUDING CARAMEL ni, yg tak pernah suka makanan lembut-lembek pun, SUKA! Sejak dulu2 lagi...tapi dulu2 buat cara ekonomi, sebab nak jimat penggunaan telur; maklumlah anak ramai, kecil2 pula- memang bab makan, laju je; jadi mm tambah sikit tepung jagung. Kira2nya tak lah ori sangat tapi habis juga. Sekarang ni, mm dah guna resepi yang tulen, supaya puding menjadi betul2 ori. Wah, apa lagi...bertambah laju & cepat licinnya loyang puding tu!

Sepanjang bulan puasa hari tu, banyak kali jugalah mm buat puding tu. Ada yang ditambah esen vanilla ja, ada juga tambah serbuk koko atau ditambah perahan air daun pandan. Teringin juga nak buat berlapis macam tepung talam tu, tapi tak try pun lagi, sebab malas nak menunggu lama2 kat tepi dapur...maklum, bulan puasa...

mm turunkan resepi yang biasa mm buat di sini. Resepi ni sesuai untuk loyang 7-8", kalau nak buat jual atau jamuan, guna bekas plastik yang kecil2 tu pun boleh juga. mm guna periuk kukus dan bukan oven.



bahan2nya
80 gm gula putih/ kurangkan sikit kalau tak mahu manis 
4 biji telur
750 ml susu segar/ susu kotak/ susu cair
esen vanilla
(boleh juga pilih perahan oren/pandan/bancuhan koko)

untuk gula hangus:
3 sudu besar gula
2 sudu besar air (boleh ditiadakan)

cara membuatnya:
Letak 3 sudu besar gula ke dalam loyang tin/aluminium dan panaskan atas api kecil sehingga larut & berwarna perang macam hangus..bukan hangit, tau. Tutup api, masukkan air. Biar air gula mengeras.
Panaskan susu di atas api kecil supaya suam2 kuku.
Pukul telur bersama gula sehingga hancur, baru tuang susu suam, esen vanilla & jus jika digunakan.
Panaskan air periuk kukus biar mendidih sebelum masukkan loyang.
Masukkan adunan ini ke dalam loyang air gula dan kukus selama 20-30 minit.
(seeloknya ditutup dengan kertas aluminium permukaan loyang supaya air tidak menitis dan puding jadi tak licin)
dah siap....nyam nyam...nyaman/ sedap!

No comments:

Post a Comment