Tuesday, September 6, 2011

open-house raya punya cerita

Setiap kali cerita fasal nak buat open-house ni, yg terbayang di kepala tentulah banyaknya deretan tugas spt memasak & mengemas yg menunggu...tapi seronok....Bagi mm, seronok memanglah seronok- seronok memasak sebab mm memang suka memasak dan menjamu kawan. Seingat mm, sejak muda2 masa kat Tg. Karang, Selangor; dulu pun memang bila weekend mm selalu masak2 untuk kekawan ofis. Adik2 yg bujang2 tu selalu menanti2 menu apa pulak mm nak masak selepas ini, selepas ini......laksa penang, laksa johor, mi kuah, mi bandung, mi jawa, nasi ayam... Terimakasih buat ad sebab tak pernah condemn tentang masakan mm, TAPI tak pernah jugak nak memuji pun. Sedap tak sedap, menjadi ke tidak, dia telan je! Kalau ditakdirkan ad puji lah, agaknya mm pun tak tahu nak anggap sebagai pujian ke atau sindiran.
rumah-terbuka: open house raya 2010


Masa anak2 kecil dulu, buat open-house untuk kawan2, jiran, kakitangan & office client..tapi bila anak2 dah makin membesar, bertambah ramai lagi la senarai penjamu seleranya. Bayangkan kalau 1 anak, jemput 30 orang kawan; 5-6 anak, dah jadi berapa orang tetamu! Dan sejak anak2 mm berada di sekolah menengah, ada kalanya mm & ad terpaksa buat 2 hari berlainan tarikh untuk open-house raya ni. 1 untuk anak2 and the geng, 1 hari lain untuk kumpulan dewasa. Bukan apa, nak mengelakkan dari terlalu bersesak. 

Sekarang, anak2 dah dewasa, bilangan kawan2 yg dapat berkumpul pun semakin mengecil setiap tahun:- maklumlah ada yg terpaksa bertugas, tak dapat balik kampung atau yang dah berumahtangga kena beraya di rumah mertua; manakala kawan2 mm dan ad pun dah berkurangan juga dah:- yang seusia ramai dah pergi menyahut panggilan Illahi; yang masih ada pun masing2 kalut dengan urusan anak-menantu sendiri. Apa tah lagi, sejak dah jadi pesara ni, bawa hal masing2 je....

Menu utama yang tak pernah miss, SOTO AYAM & LONTONG, selain ketupat, kuah kacang dan rendang. Setiap tahun, mm akan sediakan 1 menu istimewa sebagai tambahan samada makaroni goreng ke, laksa Johor, laksa Sarawak, laksa Penang, laksa Pangkor, mi kari, mi rebus, spagetti, sup krim dan sebagainya. Cuma belum lagi pernah buat laksa Kuala Kangsar dan laksa lemak, laksam serta nasi kerabu. Nasi dagang pernah sekali buat masa baru2 berpindah balik ke Perak dari KL, tahun sebelum tu mm sekeluarga tinggal di Kuala Trengganu....konon2nya, nak tunjuk skill laa...Alhamdulillah, menjadi.

No comments:

Post a Comment