Raya tahun ni, mm buat open house sebelah petang sebab pagi ada majlis lain. Selalunya buat sehari suntuk. Yang letihnya sebab nak memunggah & menyimpan periuk belanga, pinggan mangkuk, gelas sudu garfu dan lain2. mm tak berapa suka gunakan kelengkapan plastik atau foam yang jenis pakai-buang tu, maklumlah mm ni jenis pencinta alammmmm......lagipun, kalau tak digunakan, sia-sialah mm membeli banyak peralatan tu dulu, dengan tujuan supaya senang bila nak kenduri-kendara. Semasa 10-20 tahun lepas mana ada katering bersepah macam sekarang.....ingat nak kena gotong-royong je bila nak buat jamuan!
Tahun ni, tak ada menu special pun, selain dari nasi & lauk-pauk kenduri tengahari tu (pastinya katering je!), mm tambahkan ketupat nasi 'plastik', kuah kacang, rendang ayam dan pulut kuning. Lagipun, kuih2raya banyak..mm buat 2 jenis ja, biskut2 lain tu kaklang yang buat. Anak2menantu yang lain pun ada yang membeli, termasuk segala macam kerepek-keropoknya. Alhamdulillah, tak adalah berbaki sampai terbuang begitu saja! Cukup2 untuk sekeluarga mengulang makan.
mm teringat nak jemput anak2 yg kurang bernasib baik seperti anak yatim, miskin & melarat untuk datang ke jamuan
berkongsi serba-sedikit makanan tu, tapi takut tak terlayan pula sebab kenduri sebelah tengaharinya tu belum tahu nak selesai pukul berapa..itu yang ralat sikit tu. InsyaAllah, panjang umur mm di masa2 depan, akan terkabul juga hajat hati ni nanti. Kalau dipendekkan umurpun, semoga anak2menantu akan berusaha agar tercapai hasrat suci ikhlas mm ini..InsyaAllah. Tak dapat memberi makan orang Somalia sebab jauh sangat, dapat jamu fakir-miskin keliling rumah pun, dah bersyukur sangat..AMIN.

No comments:
Post a Comment