Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts

Wednesday, October 25, 2017

Saturday, February 6, 2016

Diziarahi kawan2 sekolah


 --------------------------
GAMBAR2 DI KAWASAN RUMAH mM






Seronok sungguh diziarahi kawan2 sekolah mM...
--------------------------------------------------------

Wednesday, August 26, 2015

Bersama kawan2

Assalam,
Wahhhh...., memang lama sungguh tidak menulis di sini....
Terlalu banyak halangan dan kekangan masa sejak beberapa bulan kebelakangan ni.

Nak bercerita satu-satu setiap hal perkara yang berlaku sepanjang masa tu pun mM dah terlupa tarikh serta peristiwa2nya...
jadi mM nak tempek ja lah gambar2 yang mana ada ni; sebab takut hilang atau terdelete bila disimpan lama2 dalam folder laptop ni...

Cerita sebelum Ramadhan; reunion MGS di Bukit Merah Laketown Appartment: kediaman indah NORAINI BT BAHARUM



geng orang Bagan Serai, Krian, Perak.

Ini pula cerita selepas raya puasa hari tu...
bersama Badariah Hj Nordin; rakan sekolah rendah
berziarah ke rumah Naemah
diziarahi adik2 junior semasa sekolah menengah
seronok menerima kunjungan tetamu

Wednesday, April 23, 2014

JUMPA KAWAN2...

Sebulan juga dah mM tak menulis di sini; asyik berfacebook je!

Banyak cerita yang asalnya nak distorykan di sini pun dah terlupa dah....

Ini cerita semasa cuti sekolah hari tu;
.....MAKAN KENDURI DI KUALA DIPANG, KAMPAR.
bersama emak pengantin: Maimon Zahari asramaKinta,
junior mM semasa di MGS Ipoh.
.......KENDURI DI BATU GAJAH
bersama emak pengantin: Rosminah Ahmad(tengah)
kawan semasa sekolah rendah mM dulu
Noorlia Abd. Rahman, Rosminah dan mM
Noorlia ni kawan junior mM semasa mM di tingkatan 4-5 dulu; suaminya sekelas dengan mM. Noorlia ni kawan sebarrack di Balai Polis Bagan Serai semasa zaman kanak2 dulu...
What a small world...kan?

Minggu yang berikutnya pula mM ke Kulim. Sudah terlanjur ke sana; singgah jumpa dengan kawan junior di SMJK(I) dulu...juga semasa kecil2 tu sama2 tinggal di Bt10, Jln. Taiping, Bg. Serai.
mM bersama Nooraini Mat Saat
cantik tamannya...

Sunday, February 2, 2014

syioknya bercuti..

Sempena cuti Tahun Baru Cina ni, dapatlah merehatkan diri sekejap.
selesai sudah...set asas lengkap
Selain undangan makan kenduri, dapatlah juga mM menyiapkan tempahan serta ber'gardening'. Bestnya hidup...

Dan seorang kawan lama semasa sekolah di Ipoh, telah datang berkunjung ke rumah.
Terlerailah rindu selepas hampir 40 tahun berpisah.
bersama NORMALA BT SALLEH; JPN Putra Jaya
 Ini pula set cover barang2 di dapur untuk anak mM di JB.
pot holder,
blender cover,
tissue box,
fridge cover,
plastic bag dispenser,
tea towel,
microwave cover,
sarung bakul sampah.



Sunday, August 25, 2013

kenduri aqiqah

Tengahari semalam, mM ke Taman Kaya, Taiping. (mesti orang taman ni kaya2 belaka, kan?)
mM pergi ke rumah Mahanie Bunga Kedekai (nama di facebook). Mahanie ni polis sementara suaminya pula seorang tentera.... haahhh, patut sangatlah dok rumah di Taman Kaya, gerenti penyangak takut sebab anggota pasukan keselamatan yang ada di kawasan ni!

Mahanie ni baru je dapat cucu. Tu yang buat kenduri kesyukuran, aqiqah dan marhaban/berzanji sebagainya tu.

Mahanie ni kawan sekolah mM semasa di SMJK(I), Bg. Serai dulu.  Junior mM setahun dari 1976-19977. Runner & Olahragawati sekolah niiiii.
cucu & opah
Di kenduri tu semalam, makanannya sedap2.
Macam2 ada. Dengan sambal udang petai dan siap berulam sambal belacan lagi!
macam2 ulam ada
sambal udang & petai
Semuga Allah memberkati seisi keluarga khasnya sicomel tu....

Monday, August 19, 2013

salam berhariraya...

Minggu ni anakmenantu mM balik sekejap untuk memenuhi undangan majlis2 perkahwinan kawan2nya. Jadi, terisilah sedikit kesunyian mM.
Hari Jumaat, petang; tetiba ja kawan MGS mM; Maznah bt Tak muncul dengan anak2, sepupu serta mak-saudaranya. Datang menyinggah nak beraya. Mereka dari USM Pulau Pinang. Seronok sangat dapat berjumpa mereka. Terima kasih, Maznah. Maaflah tak dapat menjamu apa2 yang istimewa, setakat biskut raya biasa2 saja. Kalau diberi notis awal; bolehlah disediakan sedikit berbeza!
Apa2pun, terimakasih banyak2.

Terlihat dalam facebook semalam gambar  en.Zul sekeluarga ni bersama anak2 dan isterinya, Umi.
En.Zul ni kan pelakon dramaGERAK KHAS tu.
mM kenal mereka sekeluarga ni semasa tinggal berjiran di Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dulu tu. Anak lelakinya tu mM yang jadi baby-sitternya. Sampai ke hari ni mM dan Umi tu masih lagi berhubungan.

Monday, July 1, 2013

makan kenduri lagi..

tuan rumah (tengah
Semalam, mM dan aD pergi ke Batu Gajah, Perak.
Pergi berdua ja, sebab adikAisyah ada pelbagai hal di sekolahnya. Mujurlah kaklang ada, boleh tolong uruskan menghantar dan mengambilnya sebelah pagi dan tengahari tu.
Majlis walimatulurus anak kawan sehostel masa kat MGS dulu; Norshamsiah.
Sebelum kami pergi ke rumah kenduri tu, kami pergi ke rumah Rosminah dulu. Saja2 ja, nak tengok di mana rumahnya, dah terlanjur sampai ke Batu Gajah tu. Tapi tak masuk dalam rumah pun, sekadar menyerahkan batang pokok bunga kesidang ja. Lagipun Ros anakberanak dah ready nak ke rumah kenduri tu, kalau menyinggah...alamat sembang lama lagilah pulak!
Kami pun pergi berkonvoi ke rumah kenduri Norsham tu.
Mujur ada Ros, kalau tak... susah juga nak mencari rumahnya..maklumlah mM dan aD pun dah lama dah tak meronda di sini. Dulu2 semasa tinggal kat Ipoh tu, kerap jugalah kami bersantai kat pekan Batu Gajah ni..
Malangnya, mM tak nunggu lama kat rumah kenduri tu. Jadi tak sempatlah jumpa geng yang lain. Ke rumah Rosminah pun tak pergi dah selepas tu, dok berebut nak balik. Nak kejar masa untuk ngambil adik dari sekolah.
dari kiri mM, Norshamsiah dan Rosminah
semua dah bermata 4...
nampak teruk betul mM...perut dah meninggi tu!
nak kena lebih exercise ni...

Thursday, May 2, 2013

27hb April, 2013

Ni dia yang ditunggu sudah tiba....
mM, Yati dan Sa (belakang)

Cantik rumah Ani. Besar rumah besar juga landskapnya.
Noraini Baharom (tuan rumah), Naemah Asmawi, Sapiah Yusof, mM dan Norhayati Shaari
Sayang tak sempat nak bergambar dengan Noraini Nawawi...(syyyy, jika lahhhh ada yang meletak gambar kat fb mereka nanti, mM 'curi'......boleh share di sini!)
Lihatlah, kawan2 seasrama tahun 1972 dulu, masih maintain anggun lagi! mM terkecuali lahhhh...
Rumah cantik, 
lokasi menarik;
Tuan rumahnya baik, 
hati kami tertarik....

Terimakasih banyak2 Ani, makanan sedap2 belaka; siap ada bekalan bawa pulang lagi!

Terimakasih Naem, sebab ambil gambar2 ni.....kenapa tak berblogging lagi ni...?

Dan buat kekawan semua, di mana juga berada..
sesungguhnya,
sejujur kata, mM memang tak pernah melupai kalian...
apakah kalian juga begitu?