Monday, April 22, 2013

sopan-santun...


Pagi tadi, ada sorang anak muda India bermotosikal tu tetiba ja muncul depan pagar rumah.
"Makcik, makcik...mau tanah baja tak?"
"Tanah baja? Tahi lembu bakar ka?"
"Tarak, tarak...tanah bakar juga, makcik. Tanah hitam..mau ka?"
"Berapa?"
"5 ringgit saja, plastik besar 5kg la makcik..."
"Bolehlah.."
"Okay okay, makcik. Nanti saya angkat mari ya!"
Seronok bukan main lagi dia, laju ja balik. 3 jam lepas tu, muncullah dengan kereta saga birunya. Memanggil2 kat luar pagar.
mM suruh dia angkut ke tepi rumah.
"Terimakasih makcik. Mau lagi ka?" offernya pula lagi.
"Eemmm, dah, dah. Sudah, inipun tak tentu lagi bila nak habis.."balas mM.
"..makcik nak saya buka ka, mau tengok..."
"Ooo tak pa, tak payah; makcik selalu beli dah.." jawab mM (menipu sunat!) Malas nak berlama-lama melayan gebangnya.
"Makcik mau saya bubuh dalam pasu ka? Boleh juga.."
"Haaa, tak pa, tak pa..nanti makcik buat sendiri, nah duitnya..terimakasihlah."
"Hokay, makcik. Saya jual ya!"
??????? ehhh, orang ni Hindu ka Islam ni, pandai pulak dia ber'akad' jual-beli.
Kalau cina kat kedai runcit atau pasar tu, mM fahamlah sebab memang mereka dah membudaya-niagakan cara jual-beli mereka.
Ini..anak muda awal 20an, pakaian sikit punya comot tapi pandai berbahasa-bahasi.
Malu juga kita yang Melayu beragama Islam kalau mempunyai sikap dan perangai tak beradap, tak beradat, tidak sopan, biadap serta kurang ajar!
Seperti sekarang ni...musim PRU ni, adoi...nak buka fb jadi gusar. Berderet cerita kutuk-mengutuk, fitnah, umpat-keji, hina-aib orang di postkan ke mukabuku ku! Tak fasal2 kita yang membaca terkena tempias dosanya...

mM tak sangkalkan, memang ada orang yang mulutnya out-spoken; lepas seperti laser, cakapnya pedas macam cili.tapi hatinya lembut dan baik (?)
Namun selalunya, kekotoran di hati akan mengeluarkan sampah dalam kata2...
Itulah yang mM bimbang tu...

Berbalik pada tanah baja tu, agak2nya entah bila nak digunakan pun tak tahulah.
Hari tu semasa anak-menantu ajak ke nursery..hampir dah 3 bulan lepas; mM dah beli 5 kampit tanah hitam lebih kurang macam tu jugalah...tapi tak berusik pun lagi.
Kemudian bulan lepas, ikut anak mM ke ekspo pertanian, beli 2 bungkus lagi tanah hitam. Pun tak dibuka lagi...
Masa nak membeli tu, berangan nak balik tukar tanah dalam pasu2..last2 rumput yang memenuhi pasu tu pun tak bercabut; apa lagi nak menukar tanahnya!
inilah...RM5
berbaloi
memang tanah hitam..
tanah sampah dibakar!


No comments:

Post a Comment