Wednesday, January 2, 2013

apple crumble ku...

Petang Isnin, mM kemas2 petiais ternampak ada 2 biji epal merah yang dah lama tak diusik sesiapapun.
Apa lagi, sementelah kerap bercerita dengan adikAisyah nak buat apple-pie sejak 2-3minggu lepas.
mM pun buatlah intinya, ingat nak sejukkan semalaman. Esok pagi, bolehlah masak buat makan untuk sarapan di pagi tahun baru....

Apa lagi...bangun pagi esoknya, dengan bersemangatnya..(semangat pun baru jugalah konon2nya- azam nak mulakan semula rajin memasak); ambil tepung dan mentega...
Tergerak hati nak tengok inti semalam tu...manalah tahu, basi ke sebab tak simpan dalam petiais; pegang je periuk..'ehhh, kenapa panas lagi periuk ni, tahan berapa jam panas pula..." Keheranan jugalah mM.
Sebaik saja buka tudung periuk tu....MASYAALLAH! apa dah jadi ni? Terjerit mM terkejut.
Inti epal yang kering dah berkuah seperti bubur!

Rupa2nya aD yang panaskan sebelum pergi masjid subuh tadinya..ditambah air takutkan hangit!

Spoil lah rancangan nak buat apple-pie ni.
mM cuba masak semula tapi memang tak mau kering dah; air melaut!
Fikir punya fikir, tak kan nak cicah roti sandwich dengan kuah ni...kalau bubur kacang ke, serawa durian ke; sedaplah juga!

Habis tu camno?
Nak buat apple-strudel, mana nak pergi cari tepung 'filo-pastry'nya..bukan ada hypermarket di Bagan Serai ni..
Buat apple crumble je lahhhhhh...kata hati mM. Senang pun senang, tak perlu nak canai2 tepung.
apple-crumble makan dengan ais krim coklat
Cara paling mudah...(maaf, mM tak gunakah sukatan sebab korang agak2 lah dengan size serta jumlah buah epalnya.
Epal (yang hijau seeloknya); dikupas & tos. Potong kecil atau kiub.
Dimasak dengan sedikit air, gula putih dan gula perang; boleh juga buat karamel terlebih dahulu; sampai empuk dan lembut.
Campurkan serbuk kayu manis sedikit,; kalau tak ada letak ja kulit kayu manis yang batang tu...janji berbau dan berasa 'cinnamon'...hehehhheee
Lepas tu masak sampai kering, dan jangan lupa masukkan campuran sedikit bancuhan tepung jagung/gandum dengan air untuk memekatkan.

Inti di atas tu sama saja untuk Pie, Crumble dan Strudel.. Biasanya untuk Crumble dan Strudel ni, tak memerlukan epal dimasak; boleh terus potong2 epal dan bakar ikut resepi je.
apple crumble beralmond hirirs
Untuk buat crumble, adunan inti tadi digaul dengan najerin atau mentega serta sedikit tepung, kekacang seperti badam hiris, walnut, coklat chip dan kelapa parut. Tak masukkan semua benda tu pun tak apa..janji jangan lupa tepung dan majerin@mentega tu.
Korang agak2lah berapa banyak nak letak.
Lepas tu letak dalam dulang dan bakar.
makan saja pun sedap dek kerangupan kekacang


No comments:

Post a Comment