Tuesday, June 19, 2012

erti jalinan persahabatan...

 Menjalin hubungan baru memang mengujakan; tetapi mengekalkan hubungan itu yang mencabar.

Pernah tak kita terfikir, kenapa perlunya kita berhubungan dengan orang2 yang sekian lama tidak kita temui?
Hatta orang yang disekeliling kita pun, kalau tidak diperbaiki hubungan sesama sendiri, pasti tidak akan menjadi rapat, kan?
Semua ini bagi mm adalah sesuatu yang akan jadi kenangan dan nostalgia yang sukar untuk diungkap dengan kata2.....
Sebab itu sedapat mungkin mm akan cuba menunaikan jemputan kawan2 atau saudara samada untuk kenduri walimatulurus atau sekadar melawat berziarah bertanya khabar.
Satu je sikap buruk mm ni, mm tersangat lah MALASnya untuk berhubungan melalui talipon; kecuali sms. Entahlah, kenapa!

Biasanya setiap kali pergi ke mana-mana, mm akan bawa kamera untuk merakamkan gambar buat kenangan; tapi ada juga yang kadang2 bawa kamerapun, tak sempat nak bergambar disebabkan keadaan yang tak sesuai...Kadang2 tu pula terlupa yang kamera ada dalam handbag!

Ni nak post sikit gambar2 kenangan....

Kenduri anak pasangan kawan sepejabat semasa di Tg. Karang; Zaharimah dan Razak
bergambar  semasa makan kenduri di Kuala Lumpur
Kenduri anak saudara bisan mm
Bersama pengantin di kenduri Kg. Pertama, Butterworth
Kenduri rumah kawan lama mm di Taiping: 
Bersama emak pengantin; Che Maimunah bt Yunan;
kawan mm semasa di sekolah rendah
40 tahun baru jumpa semula...
terimakasih facebook!



No comments:

Post a Comment