Tuesday, June 5, 2012

muslimah sejati

PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA
 

Semalam mm terbaca kat Utusan Malaysia 1 artikel bertajuk  BERTUDUNG TETAPI BERPAKAIAN SEPERTI TELANJANG? oleh DAYANA BAHAZELAN.
Bila direnung2 dan difikir2kan semula akan kebimbangan penulis berkenaan, ada kebenarannya.
Sememangnya evolusi tudung di Malaysia semakin pesat berkembang sejak akhir2 ini dengan pelbagai jenis rekaan serta fesyen bertudung terdapat di pasaran.
Namun rekaan itu bukannya semua untuk mengelakkan fitnah tetapi lebih banyak akan menambah fitnah ke atas sipemakai. Kadang2 dengan cara pemakaian tudung yang berhias secara berlebihan juga akan semakin membesarkan rasa sombong, riak dan bangga dalam diri. Mereka akan merasakan pemakaian tudung merekalah yang paling bergaya, mengikut trend dan mempunyai kelas tersendiri,
Tudung tidak lengkap dipakai: ada segelintir wanita Islam bertudung tetapi masih menampakkan leher dan dada. Lebih teruk lagi ada yang memakai seluar ketat@legging atau kain belah. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita Islam itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah menutup maruahnya sebagai seorang wanita.
Namun jika kita sudah berjaya menutup aurat secara keseluruhannya, jangan pula kita abaikan tingkahlaku dan tanggungjawab kita sebagai sorang Islam. Akhlak kita harus dipelihara seiring dengan cara pemakaian kita. Jangan hanya menutup aurat, tetapi perangai tidak mencerminkan diri kita sebagai Muslim sejati.






No comments:

Post a Comment