Kalaulah di rumah mm taman ber'maintain' macam ni...ooooh alangkah seronoknya!
Pagi ni makan lempeng/peknga atau kuih dadar cicah sambal sardin. Menu klasik tu.... Mudah, cepat, ringkas dan mengenyangkan.
Cara nak buat pun senang je,
Tepung gandum campur air atau bancuhan susu tepung (susu cair/ kotak pun boleh), atau guna santan. mm guna air je. Nak masukkan sedikit butter atau majrin pun boleh, tapi mm tak gunakan pun; maklumlah nak makanan yang sihat...agar orang yang makan pun sihat juga!
Pecahkan telur sebiji jika nak guna. Kalau tak nak warna putihnya pucat semacam, letakkan sikit serbuk kunyit atau pewarna kuning. Garam sedikit, bergantung pada kuantiti tepung. mm tak letak garam sebab kuah cicahnya sedia bergaram dah, kan.
Gaul2kan supaya tak berketul2 tepungnya, jangan pekat sangat macam nak buat cucur jemput pula. Cairkan sikit je.
Kalau rajin, boleh guna blender sebab nanti adunan jadi cantik; tapi leceh tau bila nak membasuh blender tu!
Dah...siapkan kuali. Elok guna kuali non-stick. Guna kuali biasa yang dok buat goreng cucur tu pun ok. mm gunakan kuali roti canai tu, setengah orang panggil "TAWA"/ tava.
Tawa/ tava/ Indianpan for roticanai-capati-tosei |
Angkat dan hidangkan dengan kuah kari/gulai atau sambal.
Boleh juga kawankan dengan madu dan jem.
Bila sebut tentang menu2 klasik lagi tradisional ni, mungkin ada setengan makanan yang kawan2blog tak pernah dengar dan jumpa apatah lagi merasanya..
MASAKAN TRADISI LAGI KLASIK
Tentu ramai yang tak pernah makan gulai/kari daging dengan umbut/batang pisang. Biasanya pisang hutan yang digunakan. Tapi mm pernah masak guna umbut batang pisang yang tumbuh keliling rumah tu. Sedap juga.
isi lembut di dalam batang pisang yang digunakan untuk memasak kari |
gulai/kari daging umbut batang pisang |
umbut kelapa dari batang kelapa yang sudah dibelah |
diracik2 atau dipotong2 kecil untuk buat kerabu |
Umbut ni sedap dibuat masak lemak putih atau masak lemak cili api selain dibuat kerabu.
semasa google, mm terjumpa gambar ni.. kalau nak resepi cer cari kat rumah tuan blog tu.. TQVM tuan punya gambar.. |
Ini umbut kelapa masak lemak putih sesiapa nak resepi best2, cer jenguk kat blog Mat Gebu |
Asal2nya macam ni, semasa kat tanah |
Selepas dibersihkan, dibuang bulu2/miangnya, |
selepas diracik2, sedia untuk dimasak |
masak lomak pun sodap! |
TERASA-RASA LAGI SEDAPNYA!
No comments:
Post a Comment