Tuesday, June 26, 2012

pajeri nenas

Ada orang sebut pajeri, ada yang panggil paceri.
Kalau di selatan Kuala Lumpur, pajeri nenas ni jenis tumis tanpa santan.
Jika sebelah utara Kuala Lumpur pula, pajeri nenas adalah yang seperti kari tu.

Alhamdulillah, tengahari ni mm masak PAJERI NENAS
Bahan2nya:-
untuk menumis:
  • sedikit minyak masak, 
  • bunga lawang,
  • bunga cengkih,
  • kulit kayu manis,
  • buah pelaga,
  • seulas bawang merah- dihiris halus,
  • seulas bawang putih-dihiris halus,
  • halia sedikit- diketuk2,
  • daun kari,
  • cili merah dipotong2,

bahan2 lain:

  • 1 sudu makan serbuk cili (jika suka lebih pedas- lebihkan),
  • 3 sudu besar serbuk rempah kari daging,
  • nenas dipotong bulat/ ikut suka,
  • garam,
  • gula putih,
  • santan,
  • beberapa sudu makan kerisik,
  • sedikit air- bancuh serbuk cili dan serbuk kari
cara2 memasak:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 untuk menumis.
  2. Setelah naik baunya, masukkan bancuhan serbuk cili & kari, kacau agar tak hangit.
  3. Biar sampai pecah minyak, baru masukkan nenas dan kerisik serta sedikit air.
  4. Apabila nenas sudah lembut baru masukkan santan serta garam dan gula.
Sedia untuk dihidang.

 Selain nenas, buah kedongdong atau amra juga sedap dimasak pajeri; tetapi mengambil sedikit masa untuk melembutkannya.

Jika menggunakan terung, masa memasak lebih cepat berbanding nenas.

1 comment:

  1. Huhu......sedapnya pajeri nenas. My favourite! Both my sons love it too.

    ReplyDelete