Sunday, June 3, 2012

makan kenduri lagi..

Assalamu'alaikum wm wb..
Mai pekena teh lemon secawan dulu.
Hari ni ada 4 jemputan kenduri kahwin. 1 dalam taman rumah mm ni, 1 lagi kat kampung luar taman. 1 lagi di Bagan Serai dan 1 lagi kat Kg. Ekspo Kemunting, Taiping.
Kiranya yang dekat2 ni mestilah WAJIB hadir, kan. Yang di Taiping tu pula, Che Maimunah bt Yunan; kawan sekolah rendah mm. Selepas hampir 40 tahun, baru pertama kali jumpa semasa beliau dan suami menghadiri majlis kenduri mm tempohari. Jadi yang ni pun kiranya wajiblah juga kena pergi; anak sulung pula tuuu.
Rasanya, ad memang tak pergi dah ni. Semalam makan kenduri meriah sangat, tak ingat dunia! HAHAHA.. hahaha, susah juga rupanya kalau orang tua tak mau dengar cakap, suami awak pula tu..Ya lah, kalau anak2, atau budak2..senang cerita. Kita boleh cakap sesedap mulut sesuka hati, atau kalau dah sampai tahap teruk boleh ditarik telinga ka, pukul ka apa..
Dah pesan dah supaya makan2 tu beringat kat penyakit; tapi  nak buat macammana lagi....bila sampai je depan menu lauk2 kenduri tu....Astafirrullah hul Azim! Betul2 tak sayang kesihatanlah ad niii...!!! Tak pernah nak berpantang makan.
Tadi lepas mm selesai solat dhuha, kakngah dan suami serta cucu mm bertolak ke Permatang Pauh untuk menghadiri kenduri emak-saudara en.hubbynya. Jadi, memang tak masak tengahari lagi lah mm hari ni.
Dah selesai menyidai kain dan siram pokok, ni mm nak kena mengerah(asal dari perkataan KERAH- ada ke cikgu2?) adikAisyah pula supaya bersiap nak ke kenduri. Kalau diikutkan memang dia tak mahu pergi..tapi bimbang hati mm nak tinggalkan seorang di rumah. Itu yang dok kena paksa juga tu..

Semalam, pergi kenduri kat Taiping, memusing mencari rumah Mar. Dalam kawasan Kg Ekspo tu...mak ai banyaknya orang kenduri..Ada yang 1 jalan sampai 2 kenduri. Dah lah hujan lebat pukul 12.30tghr tu...sesat2 mencari rumah lagi.
Masa nak ke Kg Pinang pun jenuh juga nak mencari kampungnya...tapi okaylah sebab hujan dah berhenti.
Dalam pukul 4petang baru kami sekeluarga menuju ke Butterworth...tapi ramai tetamu lagi. Dengar cerita semasa waktu puncak tu tadinya lagi ramaiiiii macam karnival sure-heboh gitu! Ya lah..2000 lebih jemputannya...

Hari ni tak tahulah macammana pula program jalan-jalan cari kenduri mm....



No comments:

Post a Comment