Saturday, June 9, 2012

projek tengah malam....

Tengahari ni ada kenduri kat Jalan 4 taman rumah mm. Lepas tu nak pergi kenduri kat Sg. Siput, kawan serumah anak mm berkahwin.
Pagi ni mm sarapan laksa semalam yang dipanaskan guna microwave ja. Malas nak cuci periuk dah...guna container recycle je.

Malam tadi mm dok menjahit; menyiapkan projek membajukan bekas2 plastik lama. Sampai ke pukul 2 pagi jugalah. Tidur sekejap dan bangun solat tahajud terus ke pagi. Sebab mata masih mengantuk ni lah yang tak rajin nak sediakan sarapan ni...

Bukan apa...banyak sangat bakul2raga dan bekas plastik di rumah mm ni. Ada yang lama2 sangat tu sampai dah reput dan patah jalinan dindingnya, tapi masih kukuh lagi. Sayang pula nak dibuang. Itu yang mm cadang nak bagi cover dengan perca2 kain yang berlambak hasil dari projek2 terdahulu. Selain dari mencantikkan, dapat juga untuk sorokkan kecacatan dan kekurangan objek tersebut.

Nak buatnya pun senang je.
1) Ukur keliling bahagian atas : A & Ukur tinggi dari atas ke bawah: C. Juga ukur keliling bahagian bawah: B
2) Gunting kain: panjang A + 1/2A (kalau tak suka berkedut sangat, guna 1/4A), dan lebar C + 6inci untuk
   kelim(ruang bergetah)
3) Jahit atas dan bawah semuat2 getah (getah berukuran 3/4A untuk atas dan 3/4B untuk bawah)
4) Kalau hendak lekatkan riben atau ropol, jahit sekali.
5) Jahit/cantum kedua2 bahagian tepi tinggi: AC(kiri & kanan).
6) Pasang getah...dan, nah! dah siap pun.

Ni lah dia...
(1) biasanya dibuat bakul sampah
sebelum
selepas
diletakkan perkakas aerosol
seperti ridsect, pewangi udara dan sebagainya
(2) bakul dah lama sangat sampai ada yang terobek sana sini


letak stok tisu kotak
(3) Bakul ni dulu mm letakkan ubi kentang dan halia
sebelum
sekarang letak stok pencuci pinggan dan lain2.
(4) Yang ni dulu letak bawang2...masa tu tema dapur warna BIRU!


 sekarang buat letak barang2/botol pencuci di dapur, konon2nya bertukar konsep dan tema...nak berbunga lah pulakkk dahhh...

Okay, senang je kan nak buat d.i.y. ni....
Kitar semula untuk selamatkan bumi! 





No comments:

Post a Comment