Sunday, June 10, 2012

dugaan hidup..

Pagi semalam, lepas makan kenduri kat Sg. Siput, mm terus ajak ad ke Seri Manjung, nak menziarahi kawan NORHAYATI BT JAMALUDDIN yang tak berapa sihat selain nak makan kenduri kahwin anaknya...siap bawa hadiah lagi! Yang lucunya, nama pengantin tak tahu, kad jemputan pun tak ada. Memanggil guna talipon ja bulan lepas. Cari punya cari...sampai kesudah tak jumpa Persiaran Dahlia tu! mm dan ad pergi tanya ke balai polis; mereka pun tak tahu di mana(?) Yang mm pelik tu, sudah 3-4 kali mm berutus kad jemputan dan kad raya, boleh pula sampai dengan selamatnya! Nampaknya lepas ni, nak kena pergi bertanya ke pejabat pos lah pulak...

Memikirkan entah bila pula mm boleh sampai ke sebelah sana, mm pun terus ajak ad berpatah balik ikut Ipoh sebab cadang nak singgah Seri Iskandar. Tak jadilah nak balik ikut Beruas. Semasa berpatah balik tu dah pukul 6 lebih dah, sebaik selesai solat Asar kat masjid Seri Manjung tu.

Selepas solat Magrib di masjid Seri Iskandar, mm talipon kawan mm; NORAINI BT NAWAWI, nak ajak pergi melawat kawan lama kami SAFATIMAH BT TAHIR yang khabarnya sedang sakit. Alhamdulillah, sampailah juga akhirnya ke rumah dia, sayangnya dia sedang tidur. 2 anak remaja lelakinya bagitau, "emak kalau tido...lama. Kalau tak dipanggil makan, memang 2-3 hari berbaring je.."  Sedih, memang sedih sangat mm tengok.

Sebak, pilu dan terkesima sampai ke hari ni pun mm masih memikirkan hal mereka 3 beranak. Pertama, fikirkan sepatutnya emak (bapa dah meninggal dunia) yang menjaga anak; tapi sekarang anak2 yang mengambil-alih tanggungjawab memelihara emak. Kedua, anak2 lelaki...nak uruskan semua hal berkaitan emak..Ketiga, anak2 yang masih belajar di universiti terpaksa membahagikan masa belajar serta memikirkan kesihatan emak selain terpaksa mengorbankan waktu2santai dan aktiviti sosial. Keempatnya, untuk masa sekarang, mereka bergantung dengan pencen emakbapa, tapi sekiranya ditakdirkan emak itu pergi dulu, bagaimanalah nanti...sedangkan mereka masih belajar tapi tak layak nak warisi pencen sebab umur dah 18+tahun...Kelimanya, anak yang sulung pula bermasalah jantung....

Sedih sungguh, walaupun kehidupan orang lain; mm tetap sedih.
Semuga mereka anak-beranak diberi Allah rahmat dan keberkatan yang berkekalan.
Semuga mereka tabah mengharungi dugaan.

Ya Allah, lindungilah mereka sebaik2nya, amiiiinnn.


No comments:

Post a Comment