Salam, pagi ni awal dah menaip dah..
Tak ada mood nak buat apa2pun dah rasanya hari ni.
Entahlah, pagi ni ada Taklimat PLBS di sekolah adikAisyah...
Memang cadangnya nak pergi, tapi tak tahulah; rasa macam tak pegi je dah ni..mengantuk.
Tidur semalam tak lena memikirkan anak2menantu yang accident semasa dalam perjalanan balik ke Bg. Serai dari Tg.Malim malam tadi di highway dekat Gopeng. Hampir setiap 1/2jam mm menelifon mereka dari 9.30 malam sampailah 2 pagi bila mereka kata lori towing dah nak bergerak.
Alhamdulillah syukur sangat2 kepada Allah sebab hanya kereta saja yang teruk, anak2 berempat tak apa2 sekadar terkejut ja.
Dulu anak mm pakai kereta ni, buat drag vs drift lah; susah hati betul mm bila tengok aksi lumba/drift kat you tube tu...Mujurlah tak lama. Dia beli cash kereta tu hasil saving 2-3 tahun kerja, sebab takut bila nak beli rumah tak lepas loan bank, maklumlah kerja kilang ja..habis SPM ja pun..tak sambung belajar sebab katanya kalau sambung belajar pun nanti tak dapat kerja selayak kelulusan, rugi masa ja.
Sebagai ibu, mm tidaklah nak memaksa; yang mana okay ikutkan sajalah. Walaupun hati sedih juga mulanya bila dia menolak semua tawaran ke Politeknik Jitra, Kolej Profesional Mara Sri Iskandar dan Pusat Pertanian Air Hitam (dia dari SMT Langkawi; kursus Kejenteraan Ladang).
Alhamdulillah, walaupun pekerja biasa di kilang tapi tiap2 tahun penilaian prestasinya bagus, malah pernah dihantar ke Singapura berkursus mengenai enjin auto terbaru Jepun.
Bila dah lulus loanrumah, barulah dia berkira2 nak tukar kereta. Dan bila dah dapat beli kereta waja tu sibuk pula nak berumahtangga...tapi okay lah tu, janji tak menyusahkan emak-bapak.
Semuga apa yang berlaku tidak sesekali menjejaskan iman dan takwa, sebaliknya menambah kesolehan dirinya...aminn.
Tak ada mood nak buat apa2pun dah rasanya hari ni.
Entahlah, pagi ni ada Taklimat PLBS di sekolah adikAisyah...
Memang cadangnya nak pergi, tapi tak tahulah; rasa macam tak pegi je dah ni..mengantuk.
Tidur semalam tak lena memikirkan anak2menantu yang accident semasa dalam perjalanan balik ke Bg. Serai dari Tg.Malim malam tadi di highway dekat Gopeng. Hampir setiap 1/2jam mm menelifon mereka dari 9.30 malam sampailah 2 pagi bila mereka kata lori towing dah nak bergerak.
Alhamdulillah syukur sangat2 kepada Allah sebab hanya kereta saja yang teruk, anak2 berempat tak apa2 sekadar terkejut ja.
Alhamdulillah, rumah dan kereta (usedcar only!) berjaya dimiliki selepas 3-4tahun kerja di kilang Proton tu |
Sebagai ibu, mm tidaklah nak memaksa; yang mana okay ikutkan sajalah. Walaupun hati sedih juga mulanya bila dia menolak semua tawaran ke Politeknik Jitra, Kolej Profesional Mara Sri Iskandar dan Pusat Pertanian Air Hitam (dia dari SMT Langkawi; kursus Kejenteraan Ladang).
Alhamdulillah, walaupun pekerja biasa di kilang tapi tiap2 tahun penilaian prestasinya bagus, malah pernah dihantar ke Singapura berkursus mengenai enjin auto terbaru Jepun.
inilah kereta yang accident malam tadi tu... |