Agak2 apa menu yang sedap untuk minum kopi pagi atau minum teh petang, ya...
Pagi ahad lepas mM goreng popia...Ingatkan nak hantar 2-3 ketul dekat jiran-sahabat rapat mM. tapi dia tak ada di rumah.
Melepas lah pulak, cikgu Naemah.
Lepas tu hari ni, mM buat roti jala nak lawan dengan gulai parpu + kelempong lembu...
Dan mesti ada yang tertanya2; apakah bendanya ni!
Parpu tu ialah kacang dhal; kelempong lembu tu pula ialah paru-paru lembu.
Nak dihantar ke rumah cikguNaemah pun, dia berada di sekolah.
Melepas lahhh lagi!
Bubur caca
ni asal2 tepung bubur caca sebelum dimasak |
Lama dah tak masak bubur ni...
InSyaaAllah, nak buat dalam masa terdekat ni.
Puding kastad pun sedap juga makan petang di musim2 panas ni...
sayur campur/ frozen mix vegetables direbus sebentar; seeloknya dicelur @ rendam air panas sahaja: supaya terasa rapuh dan rangupnya.. |
beberapa sudu mayonis..tak kira apa jenama pun, asalkan halal |
beberapa biji kentang (ikut suka nak banyak ke sikit); kupas, dipotong kiub kecil dan direbus sampai empuk |
gaul semuanya, tambahlah garam dan serbuk lada (sedap lagi jika guna lada sulah/putih) Boleh juga jika suka ditambah tomato dan cili cameron.. |
simpan sejuk sebelum makan |
Jika nak diikutkan resepi sebenar dari negara asalnya, memanglah berbeza...tapi yang ini mm buat ikut selera orang Melayu je.; dan lagi dengan kos yang murah..
sebab tu tak ada telur rebus, olive oil, mustard, sour cream, celery dan lain2...
Sedapppp, cubalah!
No comments:
Post a Comment