Monday, October 22, 2012

pintu gerbang....wedding arch

Mari kita tengok kat  en.google pilihan untuk pintu gerbang kahwin pulak...
Yang ni nampak macam mudah je, just beli ranting berbunga kat kedai atau supermarket dalam 3-5RM sebatang, bawa balik pacak2 je...tapi barangkali kena guna sampai 20-30 batang tu! Dan lagi, tak boleh buat kat luar rumah musim hujan2 ni...

 Yang ni, untuk meja guest-book sesuai sanga, kan?

Dan yang ini semua, macam biasa2 mM buat setiap kali kenduri lah...







 Yang ni nak kena cuba ni...siap ada buah2 lagi!
Rasanya bunga warna-warni macam ni akan jadi pilihan mM
 Apa yang sudah pasti, mM akan gunakan bunga2 sedia ada dalam rumah, walaupun bunga2 tu sangatlah murahnya..beli dalam 4-5tangkai untuk RM10! Beli kedai tepi jalan ja..tak lah SSF ke apa.

Untuk sama-sama kita fikir2kan 


meja makan pengantin

Petang ni dok usyar2 meja makan pengantin @ meja makan beradap; tak tahulah nak mend.i.y. macam mana pula kenduri kali ni...

Dalam dok menggoogle tu untuk dapatkan idea tapi rupanya jenuh juga nak mencari idea berlandaskan kehendak hati...Maksudnya..yang cantik tapi kosnya rendah. Bukanlah grand yang bermakna mewah atau hebat, cukuplah sekadar ada sedap mata memandang. Minimalis tapi vouge gitu...hehehe, merapu2 lah mM ni, kan!

kombinasi warna yang cantik sangat
mM suka warna2 yang dicampur2 macam ni...
tak lah boring tengok plain colour je...





Memandangkan abangchik memilih warna tema GOLD; jadi mM tak ada banyak pilihan...kena ikut jugalah.
Namun kami sekeluarga berpakat nak pakai baju warna coklat je, sebab glamour sangatlah kalau pakai baju warna gold tu! Cukup2lah untuk kain  khemah dan tabir...

Dan yang pastinya, bunga2 mM mesti nak kombinasi segala warna, baru meriah! Hehehe...tak tahulah, akan nampak ganjil...atau jangngal...atau pelik bin aneh bin ajaib! Harap2 akan menjadi anggun gitu, baru ada kelas kau!!






 Rasanya macam ni lah lebih kurang setting dari orang kanopi tu, tuan rumah kenalah make-up ataupun sekadar touch-up untuk nak bagi COMEL lagi!

ini kenduri kahwin anak mM, kak teh 28/4/2012
ini semasa kenduri kakngah Jun 2011
 Bercerita tentang khemah pengantin dan meja makan beradap ni, sukalah mM nak peringatkan semua, buat mereka yang suka nak mereka/d.i.y. atau yang tak ambil pakej dari butik pengantin. Sila pastikan betul2 apa yang ada dan apa yang tidak ditawarkan oleh pihak penyedia khemah.
Bukanlah mM nak ungkit ke apa ke, tapi buat panduan bersama. Semasa mM buat kenduri abanglong 2010 dulu, konon2 nak d.i.y. semuanya...maklumlah, bila lagi nak tunjukkan kepakaran, kan?
Semasa berunding dengan orang khemah, katanya bunga atas meja saja TIDAK DISEDIAKAN, backdrop sebagainya ADA. Jadi, mM pun gubah bunga untuk atas meja sajalah...ingatkan backdrop tak kan lah kain kosong semata.
Janji nak datang pasang sehari sebelum majlis, tapi 9 pagi hari kenduri tu baru lorinya sampai! Bayangkan, tak tidur malam mM dan aD memikirkan "apa nak jadi esok ni..."
Dah lah tuuuuu.....bila dah siap gambar, barulah nampak kat belakang meja pengantin tu semata2 kain putih kosong je! Bunga ke, scallop ke...apahhhpun tak ada. Kesian pengantin, nampak macam makan kat open-house raya rumah orang jee...mujur juga ada gambar yang nampak hiasan bunga dan buah atas meja tu. Kalau dia orang tu datang pasang khemah malam sebelum tu ke, boleh jugalah difikir2kan apa yang patut nak ditokoktambah, kan?
Itulah pengalaman pertama buat kenduri kahwin dan pengajaran untuk tidak ambil mudah atau lepas tangan; JANGAN PERCAYAKAN ORANG 100%. Dan semenjak tu, bila nak kenduri mesti mM cukup cerewet walaupun perkara2 kecil sedemikian.












Tuesday, October 16, 2012

recycle-d.i.y. : tempat simpan riben

Malam tadi, anak mM yang bongsu, adikAisyah; bertanyakan ada tak lagi reben dalam simpanan sebab petangnya terlupa nak beli untuk projek seni. mM pula tengah dok mengira2 jumlah kad jemputan yang baru diambil dari kedai percetakan, jadi tak mahulah terganggu; takut terlupa pula bilangan yang dalam kepala ni. Terus minta dia pergi cari sendiri di tempat yang mM letak barang2 kraf.

Tiba2 dengar adikAisyah terkekek-kekek ketawa dari dalam bilik. Ingatkan apa....

"Mak..mak..; sikit punya kreatif!"
"Awat(ngapa) nya?"
"Kalau orang lain dah buang lama dah benda ni...mak buat macam ni pulak.." kata adikAisyah masih dalam tawanya.
"Tu kan 1 cara nak selamatkan bumi!" mM pun jadi nak tergelak sama.

keluar dari beg plastik KFC,
bekas ni selalunya masuk plastik sampah pula
 mM pula guna semula, selain mengisi makanan panas (wap mudah keluar), dibuat menyimpan barang2 kraf/jahitan serta ada yang buat tempat letak/ isi reben macam ni....

di buka bajunya, sebab nak tunjuk bekas sebenar

riben2 ni disimpan macam ni pun okay...
gambar ehsan pakcik google

Nak tahu juga berapa ramai yang simpan bekas ni...?
Sesungguhnya...

Sunday, October 14, 2012

Dalam kenangan....

Minggu lepas dapat berita tentang kematian Safatimah bt Tahir, kawan seasrama mM yang beberapa tahun uzur akibat komplikasi kencingmanis.
almarhumah  Ati bertudung gelap
Kemudian dapat pula berita yang kawan rapat mM semasa di asrama dulu, Norazina bt Khamis; juga telah terlebih dahulu pergi menyahut panggilan Illahi setahun 2 yang lalu.
almarhumah Nora  no2 dari kanan (tak pakai spec)
Al-Fatihah..
Innalillah....

Begitu juga, sebelum ni pun, ramai dah sahabat-kawan-rakan-taulan mM baik yang di sekolah rendah, sekolah menengah, asrama serta office-mates yang telah meninggal dunia.
Gambar diambil sebelum almarhumah Zaharah bt Mahwan
mendaftar masuk asrama penuh (STF JB)
(berambut panjang yg menjadi trademarknya di sekolah rendah)
kawan paling akrab sejak darjah 2;
meninggal pada tahun 1988/89;
sedih sangat sebab tak berada di sisinya
di saat aruah memerlukan..
maafkan mM!
Terasa sedih dan sayu sangat bila terkenangkan kawan2 yang telah tiada.
Terkenang gurausenda sesama kita.
Teringat2 usikan yang menjadi gurauan di kala bersama.

Kawan2 seasrama, 1972-76
kawan2 Tingkatan 4-5

kawan2 sekolah rendah

Ada yang telah pergi terlebih dulu.....
Al_Fatihah...
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh mereka, aminnnn.


Thursday, October 4, 2012

Hanya takdir yang menentukan...

Petang esok, mM nak pergi ke Tg. Malim. Sebelum tu kena pergi ambil drebar-perjalananjauh; Alang, dulu kat Bandar Perda. Akan tidur di rumah Along...nak tidur kat rumah acik pun, payah sikit. Almaklumlah orang bujang, bantal pun cukup2 2-3 biji je agaknya.

Pagi Sabtu barulah kami bertolak ke PutraJaya sebab check-in homestay tu jam 12tengahari. Ateh dari JB pun mungkin sampai masa tu.

Cadangan asal hari tu, dari Bg.Serai ni, kami bertolak 2 kereta dengan Angah dan bermalam di Tg.Malim. Konon2nya macam 'family gathering' lah... Last2 minit, Angah ada program dengan Telekom di Sg.Bogak pagi sabtu dan suaminya Kamal pula ada program dengan menteri di Bukit Mertajam pagi ahad tu pulak...lansung tak jadi joinlah mereka sekeluarga ni. Mujurlah program tak sama masa, jika tidak....alamat mM terpaksa bawa cucu sekalilah ke PutraJaya tu!

AdikAisyah pun kesian...sebab dia ada perlawanan bolajaring peringkat daerah bawah 14tahun hari Sabtu petang...Dia memang berharap dapat sertai game ni sebab nak kan catatan di sijil aktiviti luarnya. Disamping nak juga ikut serta 'berjalan makan angin' ni....Last2, terpaksa minta excuse dari cikgunya, sebab takut tak ada orang nak hantar dan ambil nanti...manalah tahu nanti Angahnya pergi 'outing' pula.

Minggu lepas, malam sabtu; mM pergi ke Tg. Malim sebab hari ahadnya nak pergi makan kenduri di Klang. Pergi 4 beranak dengan adikAisyah, Alang dan aD. Nak jadi cerita, aD terpaksa kami tinggalkan di rumah Acik sebab gout teruk; sebenarnya malam sabtu dah bengkak dah; tapi degil nak memandu juga sampai ke Ipoh. (Orang tua degil ni payah sikit..!). Kakinya kedua2 belah lansung tak boleh nak melangkah menapak! Bengkak. Jadi mM pergi dengan Along dan isterinya, Hanim, Alang dan adikAisyah...dan biarkan Acik jaga abahnya.

Semasa perjalanan balik ke Bg.Serai, Alang lah yang memandu dari Tg. Malim. Alhamdulillah...semuanya selamat.
Hari isnin tu terpaksalah Angah dan Kamal off 1/2hari untuk bawa aD ke doktor.
Sekarang; aD pun dah okay dah sejak 2-3 hari ni, sebaik saja dapat injection di klinik!
Terimakasih pada semua anak2menantu2 yang banyak membantu.

Esok...tak tahulah lagi macammana!

Itulah, kita hanya boleh merancang, Allah juga yang berkuasa atas segalanya. Kalaulah mM tahu nak jadi macam tu, pastinya mM akan tumpang kenderaan bapa2saudara dari Nibong Tebal yang pergi; walhal kenderaan mereka pun kosong jaaaa..atau setidak2nya mengirim hadiah dan sebagainya melalui mereka!

Selalunya begitulah...lain yang di plan; lain yang jadi...sebab itu kena ada alternatif.


Tuesday, October 2, 2012

sakibaki kuih raya..

Atas meja makan kat rumah mM ni, masih ada bekas2/botol ni. Hendak dibuang sayang, hendak dimakan, mM memang tak pandai nak mengunyah2 ni; baik sambil menonton tv atau dalam kenderaan. Apatah lagi jika sekadar sambil berbual2 kosong.

Memandangkan tak lama lagi dah nak menyambut AidilAdha, agak2 bolehkah lagi makanan ni disimpan untuk 3-4 minggu yang akan datang nanti?
Biskut @cookiesyang tinggal lagi...inilah dia jenisnya! Hampir setiap kali raya, biskut semperit dan tart jem macam ni, tak pernah mM tak buat (faveret!) tapi suka buat je, makannya tidak.
Last2, biskut2 inilah yang jadi mangsa nak naik lori...- lori sampah! Anak2 mM memang tak suka lansung biskut ni sedangkan mM pula suka sangat buat; sebab ianya terlalu sentimental...nostalgia gitu!

Kenangan mengusik jiwa lah bila dok buat biskut2 ni; teringat zaman2 kanak2, zaman semasa menolong emak buat biskut2 ni...
Teringat dulu2, emak bakar kuih guna dapur kayu ja...tapi mak rajin buat kuih @ biskut raya walaupun terpaksa berdiang di dapur serta menahan panas api dalam bulan puasa pula tu!
 Masak-makan menggunakan dapur arang dan kayu api...pedih mata menahan asap.
Memukul telur pun masa tu belum ada mixer, cuma guna pemukul telur spring serta mengadun tepung guna tangan.
guna jenis macam ni lah semasa mM masih kanak2
biasanya untuk pukul telur kuih bahulu
yang jenis ni masih ada lagi sekarang ni
Semasa mM sekolah menengah, emak dah mula guna oven jenis ni..
bersekali dapur minyak gas/ minyak tanah
 Juga guna periuk bingka/bengkang untuk membakar kek



mM pun selepas berkahwin, pernah guna oven jenis ni..
boleh melepuh tangan tau kena panasnya!
kemudian, dah rasa rajin sikit, tahun2 berikutnya guna yang cegini...
yang ini kalau bakar/panggang ayam, best...sedap, tau..
cehhh dok promote lah pulak..
Kemudian, mM guna oven dan mixer; sekadar yang biasa2 dan yang termurah di pasaran ja...
entah dah berapa kali berganti dah kedua2 gajet ni..

Entah sudah berapa kali berganti dah kedua2 peralatan ni...Itulah, nak beli yang murah, mana nak tahan lama, digunakan secara lasak pula tu...bukannya untuk buat pameran! Teringin juga nak beli yang branded macam Eluctrolux ke, LG ke apa entah lagi.. tapi mata wangnya ribu-ribu RM, mana nak cekau! Kalau ribu-ribu Rupiah ka boleh lah tahan...


Begitu juga dengan microwave oven. Dah 3 kali dah berganti. Guna sungguh2 hati...tapi masa tu mM guna untuk buat jualan kek coklat moist. Ada masanya sehari sampai 2-30 biji, cepat saja siapnya. Memang cantik jadinya dan lembut texture kek. Itupun yang murah ja, tak sampai harga Rm800 pun. Sayangnya mM tak pandai nak guna fungsi 'combination' dan'grill' tu...Itulah ruginya beli di supermarket, salesman nya tak tahu apa2; dah lah tu.... terbeli brand yang tak ada buku manual ke apa2 petunjuk dan pedoman! Anyone please help me! Or any clue or whatever...

sekadar peringatan....
apa2pun, bersyukurlah...