Monday, July 13, 2020

TERKILAN

Perlukah kita wish happy birthday untuk orang yang telah pergi?
Dah 2x tarikh 18/6 itu muncul selepas pemergiannya..
BANYAK CARA LAIN JIKALAU NAK TUNJUK KASIH SAYANG KALIAN😒...
Doakan kemudahannya menjalani kehidupan di alam kubur kerana HANYA ALLAH sahaja yang tahu apa yang sedang mereka ahli kubur lalui.
Tak perlu laaa kita yang di atas bumi ini menokoktambah lagi derita kesengsaraan mereka.
Sedangkan merataptangis mengeluhkesah sebuah kematian pun dilarang.
Itupun jika kita benar2 SAYANGkan simati. Atau mungkin sebaliknya, sekadar bermuka2 di MUKABUKU untuk menambah pujian..entahlah.
Hanya doa terutama doa anak yang soleh InshaaAllah dapat membantu simati..
🤔tapi pastikah kita tergolong dalam kalangan mereka yang terpilih itu?
Oleh sebab itu JANGAN  sesekali cepat merasa diri kita kalis dosa!

Wallahu'alam.