Tuesday, January 1, 2013

D.I.Y. pelamin

Hari ni nak cerita fasal pelamin lah pula.
Pelamin kahwin anak mM 8/12/2012 yang lepas.
Pelamin buat sendiri ja. Maklumlah nak cut cost!

Okay, mari kita tengok apa yang dah berlaku, ya..
Ini bunga2 yang siap digubah, turun-temurun dah 4-5 kali kenduri tunang dan kahwin digunakan. Kalau yang baru pun, cuma tambah-tambah setangkai 2 saja setiap kali hendak buat majlis. Ada juga bunga yang semasa kenduri anak jiran-kawan mM, cikguNaemah yang diberi terus pada mM...(terimakasih banyak2.)

Cuma diolah semula sedikit sebanyak sebab ada yang sudah berabuk tu, mM terpaksa leraikan dari gubahan dan basuh. (Direndam sekejap dengan airsabun, bilas dengan softener untuk mewangikan dan jemur).
Ini kain buat backdrop pelamin. Kain ni sebenarnya kain selimut/comfoter untuk katil di bilik pengantin. mM beli secara tengok katalog...dalam gambar, ambooooiii bukan main cun lagi..(entah kat mana gambarnya dah, kalau tak boleh tunjukkan di sini.)
Bila dah bawa balik, ehhh pelik pula nengoknya. Usahkan nak guna tidur, nak duduk bergambar pun mesti geli-geli, mencucuk-cucuk punggung rasanya dengan fabrik ni.
Inilah akibatnya beli main tunjuk2 gambar jaa...Kalau korang tengok cadarnya lagilah kelakar, kain buat baju hujan tu! Tapi mM ni kan keatif...(ewaahh, masuk bakul angkat sendiri pulalah, ya!); mM gunakan buat tutup pintu gerbang untuk backdrop meja makan pelamin.....serkupkan ja.
 Bila dah sangkut2 macam ni, nampak cantik juga lah.
Lepas tu, kasi dia rumbai2 sikit...letak ja kain yang RM2 semeter tu, kain jersey ke, satin murah ke..tak kisah lah, asalkan jenis berkilat. Kan pengantin, mestilah perlu yang lip-lap lip-lap gitu!
OOpp, kain tu kalau nak jimat lagi, korang belah lah 2 macam mM buat ni. Tak perlu kain lebar2 pun; buat sesak nak membetulkan kedut2 lipatannya tu ja nanti. Satu pesanan ikhlas dari mM...pastikan cukup panjang tau, agar tak nampak tergantung-gantung serta boleh dilendut2kan: kecualilah kalau korang memang nak bagi dia tegang yang macam ni..
kain untuk buat macam ni kena lebar, tak boleh dibelah 2 lah..
Letaklah pentas/stage pelamin. Lupa nak snap gambar stage ni.
Kemudian angkat atau pasangkan gerbang yang sudah dihias bunga2.




Lepas tu letaklah kerusinya.
mM guna kerusi jenis perahu, sebab kalau guna kerusi 1-1 yang bersandar tu. alamat sia-sialah buat backdrop macam tu..gerenti tak nampaknya!
pengapit2 ni 2-3bulan lagi akan diapitlah pula.
adik perempuan Liza & tunangnya
Hiasi dengan bunga telur/pahar dan sebagainya...
pengantin bersama keluarga pengantin perempuan

Kalau mengikut plan asal, mM nak letak tirai yang memang dah ada (dulu2 tu guna buat backdrop khemah makan pengantin) warna pastel cream untuk tutup keseluruhan dinding. Tetiba pula anak mM, acik tu kata "tak payahlah, mak; biar nampak kreativiti mak yg mengecat dinding tu dulu!"

Cehhhwahhhh.....pandai ya pengantin ni dok jack emaknya!
Selamat Pengantin Baru...
betul ke?

2 comments: