Sunday, March 20, 2016

BIJI APRIKOT


Kelmarin anak mM bawa balik biji buah aprikot yang diberikan oleh pengasuh anaknya. Menurut kata pengasuh berkenaan, biji ni sangat elok untuk pengubatan.

Sebelum ni pun, mM ada jugalah terbaca tentang khasiat biji buah ini, cumanya tidaklah beria2 sangat nak mencari butiran lanjut tentangnya. BIASA LAH KAN...kita ni manusia; kalau dah terhantuk barulah nak terngadah/mendongak!

Rasanya lebih kurang rangup2 macam badam, cuma ada sedikit rasa2 pahit. Dari sumber pembacaan, jenis biji yang rasa pahit itulah  yang mendatangkan khasiat pengubatan.

Pagi ni, mM cuba2 google mencari sedikit sebanyak fakta mengenai biji buah aprikot ini untuk sama2 kita mendapat pengetahuan. SUKA DIINGATKAN; mM BUKAN MENJUAL ATAU MEMPROMOSI sebarang produk, ya.. Kalau ada gambar2 serta keterngan/info tersebut, semuanya bersumberkan dari encik google, ya!

KEHEBATAN SI BIJI APRIKOT DALAM MENCEGAH KANSER
Buah aprikot merupakan sejenis buah yang unik .Bukan sahaja isinya yang manis boleh digunakan di dalam pelbagai jenis masakan, malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Khasiat biji aprikot

Menurut kajian, biji aprikot mengandungi sejenis vitamin yang dikenali sebagai VITAMIN B17 dimana vitamin ini mempunyai fungsi dan mereka yang tersendiri.

Untuk lebih info, sila ke sini...http://afdhal-apricotseeds.blogspot.my/p/khasiat-biji-aprikot.html