Thursday, September 27, 2012

bendera...& kerinduan...


SALAM HARI MALAYSIA.....

Draf punya lah lama, konon2 untuk post masa 16hb September tempohari, tiba2 terlupa pulak.

Hari ni dah minggu penghujung September; bendera Jalur Gemilang kat rumah mM ada yang masih lagi berkibar dengan megahnya dan ada juga yang dah tumbang dik pukulan angin kencang sebab hujan lebat sejak beberapa hari ni. Alamatnya, kalau nak turunkan pun kena tunggu anak lelaki; Along tu balik lah,  InsyaAllah raya haji ni. Itupun kalau sempat nak diuruskan semua tu. Kalau tidak, entah2 sampai tahun depan pun dok macam tu juga lahhhhh.

 Sekadar memesan untuk diri sendiri...

Sekarang ni mesti ibu-bapa sibuk dok bagi 'personal-tuition' kat anak2 yang akan menghadapi examination hujung tahun nanti. Teringat dulu2, mM pun begitu juga semasa mereka di sekolah rendah. Bila dah masuk asrama, tiap2 hujung minggu nak pergi melawat atau outing, juga nak mengambil menghantar dari rumah ke asrama. Sekarang, dah tinggal nostalgia pulak dah...; dah jadi rindu pula nak melalui itu semua kembali!
Apa2pun, bersyukur di atas segala rahmat dan kurniaan Illahi..amin.





Friday, September 21, 2012

senyum...



sekadar pesanan untuk peringatan bersama, kutip dari pakgoogle dan encikmukabuku....

 Bacalah dengan hati terbuka dan berlapang dada...(bukan sebaliknya)

 sesungguhnya
dan
 lagipun

Tuesday, September 18, 2012

setaman sekebun bunga

Ahad lepas ke Sg. Besar, makan kenduri kahwin anak bos lama.
30/9 akan ke  Kelang, kenduri kahwin anak pak-sedara pupu.
6/10 InsyaAllah ke Putrajaya, konvo anak mM, ateh. Pergi sekeluarga kot sebab dah booking homestay kat Putrajaya tu; rumah 21/2tingkat 5 bilik; rugilah kalau pergi 2-3 orang ja...Lagipun anak2 dari Tg. Malim dah kira tak jauh sangat dah nak ke situ.

Jadi, hari ni nak lapangkan fikiran dulu dari memikirkan perjalanan2 yang telah dan pasti meletihkan badan itu sekejap....
Sejuk mata memandang....
pernah mM d.i.y kolam lebih kurang macam ni,
tapi terpaksa dikorbankan untuk renovation rumah
 Saja2 je nak kongsi tengok gambar2 taman yang penuh berbunga ni buat penyejuk mata, pendamai hati...
teringin nak buat taman macam niii kat rumah....



 Dapat berjalan kat tempat2 macam ni, tentu enjoy 'morning-walk' mM dan cikguNaemah...


Atau bersembang dan lepak2 ambil angin petang menenangkan fikiran di sini....

Nah di sini...boleh terlena!
 Semua ini boleh kita lakukan kalau kita ada kemahuan, minat, tenaga dan pastinya WANG!

Walau apapun....tengok wajah sikecil ni lagi sejuk jiwa!


sekadar renungan bersama untuk difikir2kan...
sesungguhnya,
 jadi....
oleh itu......

Monday, September 17, 2012

bunga ros bunga mawar



Hari ni nak bercerita fasal bunga ros pula...supaya sejuk semula hati yang terbakar, darah yang mendidih, jiwa yang lara memikirkan manusia2 yang semakin hilang pertimbangan akal dan peradaban hidup.

 
Bunga ros ni disebut juga sebagai bunga mawar ; mM tak tahulah nama saintifiknya. Kalau orang putih tu mestilah dipanggil Rose.





rajin berbunga
Dalam banyak2 pokok ros, jenis ros kampung senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi sangat. Pokok jenis ni ada yang tumbuh memanjat dan merimbun tinggi jika tidak selalu dicantas. Dulu, mM ada 2 jenis pokok ini, 1 warna pink terang dan sungguh rajin berbunga. 1 lagi berlapis2 warna pink lembut seakan2 putih, sayangnya dah mati lansung; tak ada benihnya. Sekarang ni, tinggal 1 jenis yang selapis tu saja. 




jenis tirus kelopaknya
 kelopak jenis membulat
Bukannya apa, beberapa minggu lepas mM membeli 3 jenis pokok ros dengan harga RM20. Masa beli tu tak muncul lagi bunganya, jadi tak tahulah warna apa...mM pilih sebab 3 tu lah antara yang terimbun dari yang lain, yang kelihatan cuma sebatang dan daun2 5-6helai di ranting.

Beberapa hari kemudian, baru berbunga. 1 pokok lagi belum terbukalah kudupnya. Yang nak tergelaknya tu, 2-2 pokok tu berbunga kuning...mujur 1 bunga jenis tirus dan 1 lagi jenis membulat. Harap2 1 lagi tu, warna merah lah pulak!



Thursday, September 13, 2012

hiasan bilik2 tidur pengantin

SELAMAT SORE...

Hari ni dok 'usyar2'/jalan2 mengorat...hehehe...dasyatnya mM ni!
Tengok pembukakata dah geli geleman, orang tua ni macam dah buang tabiat la pulak, kan?

Sebenarnya mM nak cari2 idea untuk bilik tidur pengantin anak yang bakal menamatkan zaman bujangnya tu.
Kalau hari tu semalaman dok google gambar pelamin, petang ni nak "tengok-dan-pilih" gambar bilik/kepala katil pula....tapi nak yang simple2 ja; mudah dan murah nak buat. Maklumlah, budgeted wedding planner!

Mari kita tengok, mana tahu ada b2b yang nak menD.I.Y. juga, bolehlah cedok2 idea atau berkongsi sesama kita..ooouppp mM bukanlah dikalangan b2b tu!

Apa2pun, terimakasih pakcik google serta mereka2 yang empunya gambar. Maaf, bukan nak buat berniaga, sekadar nak berkongsi gaya...semuga Allah Ta'ala merahmati anda semua.

YANG BERTABIR/ TIRAI
yang macam ni, cantik juga,
seeloknya serupa dengan pelamin dan meja makannya
yang ni simple,
kalau mM tiru agaknya tak letak bunga2 di tirai tu
cantik..tapi tak sesuailah dengan keadaan bilik di rumah mM ni
simple tapi kemas, kan?
cantik, cuma dindingnya dah menenggelamkan tirai/tabir kepala katil tu,..
agak2nya bilik bercat putih sesuai kot..
rasa2nya macam inilah mM nak buat;
warna tema pilihan pengantin pun GOLD KOKO ;
(hehehe...cadar pun tak beli lagi!)
macam ni too simple kot, mM ni kan seronok nak mem'beger'/merapu!
ni pun cantik juga...
cadarnya cantik sangat, warna pun ummm
tapi sure anak lelaki mM protest!
cantik tapi mana nak cari frame comel lotey tuuu...
ni pun cantik....tapi nak kena beli lah kerawang tu pula!
 YANG BERKELAMBU
Suka betul mM dengan kelambu seperti ini;
tapi rasanya tak buat macam ni lah...
TAK PANDAI NAK MENGATURNYA
tambah2 nak memanjat memasangnya..
Ni pun cantik....
suka yang cegini...
tapi memang tak boleh nak men'DIY' niii....
Banyak betul pilihan...tapi tak tahulah nak buat cemana...