Dalam dok menggoogle tu untuk dapatkan idea tapi rupanya jenuh juga nak mencari idea berlandaskan kehendak hati...Maksudnya..yang cantik tapi kosnya rendah. Bukanlah grand yang bermakna mewah atau hebat, cukuplah sekadar ada sedap mata memandang. Minimalis tapi vouge gitu...hehehe, merapu2 lah mM ni, kan!
kombinasi warna yang cantik sangat
mM suka warna2 yang dicampur2 macam ni...
tak lah boring tengok plain colour je...
|
Memandangkan abangchik memilih warna tema GOLD; jadi mM tak ada banyak pilihan...kena ikut jugalah.
Namun kami sekeluarga berpakat nak pakai baju warna coklat je, sebab glamour sangatlah kalau pakai baju warna gold tu! Cukup2lah untuk kain khemah dan tabir...
Dan yang pastinya, bunga2 mM mesti nak kombinasi segala warna, baru meriah! Hehehe...tak tahulah, akan nampak ganjil...atau jangngal...atau pelik bin aneh bin ajaib! Harap2 akan menjadi anggun gitu, baru ada kelas kau!!
Rasanya macam ni lah lebih kurang setting dari orang kanopi tu, tuan rumah kenalah make-up ataupun sekadar touch-up untuk nak bagi COMEL lagi!
ini kenduri kahwin anak mM, kak teh 28/4/2012 |
ini semasa kenduri kakngah Jun 2011 |
Bukanlah mM nak ungkit ke apa ke, tapi buat panduan bersama. Semasa mM buat kenduri abanglong 2010 dulu, konon2 nak d.i.y. semuanya...maklumlah, bila lagi nak tunjukkan kepakaran, kan?
Semasa berunding dengan orang khemah, katanya bunga atas meja saja TIDAK DISEDIAKAN, backdrop sebagainya ADA. Jadi, mM pun gubah bunga untuk atas meja sajalah...ingatkan backdrop tak kan lah kain kosong semata.
Janji nak datang pasang sehari sebelum majlis, tapi 9 pagi hari kenduri tu baru lorinya sampai! Bayangkan, tak tidur malam mM dan aD memikirkan "apa nak jadi esok ni..."
Dah lah tuuuuu.....bila dah siap gambar, barulah nampak kat belakang meja pengantin tu semata2 kain putih kosong je! Bunga ke, scallop ke...apahhhpun tak ada. Kesian pengantin, nampak macam makan kat open-house raya rumah orang jee...mujur juga ada gambar yang nampak hiasan bunga dan buah atas meja tu. Kalau dia orang tu datang pasang khemah malam sebelum tu ke, boleh jugalah difikir2kan apa yang patut nak ditokoktambah, kan?
Itulah pengalaman pertama buat kenduri kahwin dan pengajaran untuk tidak ambil mudah atau lepas tangan; JANGAN PERCAYAKAN ORANG 100%. Dan semenjak tu, bila nak kenduri mesti mM cukup cerewet walaupun perkara2 kecil sedemikian.
Sekarang tengah sibuk buat persediaan majlis lah ya. Nak menjengok pun tak sempat...
ReplyDelete