Huuuukkkkhukkkkhaaaahaaaa....hehehhheee...
Lawak lawak lawak;
kekeekkk....memang lawak betul lah orang tua ni, kan?
Agak2nya dah jatuh papa kedana sangat ke dah dia ni, simakMunah kita ni?
Adooooiii, kesian. Kesian.
Dan Kasihannnn.
Mesti korang sedang senyum sumbing, tersengeh ataupun terbahak-bahak gelak, kan?
Yaaa lahhh...ketawalah, ketawalah sebanyak mana korang nak. Gelaklah selama mana pun.
Tak da sesiapa nak marah hatta mM sendiri.
(bukan sikit punya sedih dan pilunya hati dibuat gitu!)
mM memang tak dapat nak men
stopkan gelak-tawa korang pun.
|
Ayat Surah Yassin ini untuk tenteramkan jiwa dan menghilangkan rasa sebak, kecewa & sedih; baca dan urut dada beberapa kali. |
Sebab nak cari duit dengan internet ni lah yang buat mM tak ber
posting cerita terbaru di sini. Bukannya sibuk buat biskut raya ke, jahit baju raya ke, jahit langsir baru ke...
Mesti korang kata mM dah buang tabiat kot, ya! Mungkin lah...ajalmaut bukan kita yang tentukan. Nyawa di tangan Allah. Jadi, bab buang tabiat sebab dah dekat nak mati tu...tak berani nak komen banyak2 lah.
Sebenarnya mM tengah dok belajar buat website sendiri macam yang mM tuliskan tempohari. Konon2 nak
grab dana gran GMBO yang katanya ramai yang tak tahu dan saja2
tak ambil pot. Alaaaa, small value ja tu, setakat amaun banyak tu jadi taik gigi aku je, mM!
Kan??? Kan??
Buat apa nak susah2kan diri nak minta sedekah macam tu, mM!
mM ni kalo korang nak tahu, amat sangat prihatin & patriotik...(ooo ya, korang dah pasang bendera Jalur Gemilang tak lagi di rumah korang?)
mM pun dah terlupa dah yang sekarang dah masuk dah bulan kemerdekaan. (berapa banyak ko punya
'dah' laaa mM!)
Cepatnya masa berlalu. Rasa baru lagi mM menulis fasal bendera & merdeka ni tahun lepas. Harap raya ni, bila along acik balik, bolehlah minta anak2-jantanku itu tolong sangkutkan bendera kat mana yang patut. (Alhamdulillah, syukur....Allah kurniakan anak2 lelaki-perempuan untuk mM; boleh menolong hal2 dalam dan luar rumah!)
Dik kerana patriotik ni lah, apa juga kebaikan pihak pemerintah buat mM akan sokong. (Ini bukan kenyatan politik, tau....tak kira parti apa pun memerintah, yang baik & elok; sokong. Yang memudaratkan, kita komplen lah!)
Lepas tu kan, mM cuba nak jana
income dari
nuffnang. Ini lagi kelakar, dah 2 tahun berblog, tengok2 baru dapat RM5+ ! Apalaaaah nasibku...
Begitu juga dengan
8share, RM6 lebih ja....
Sebenarnya apa yang mM nak bagitau kat sini, sebenarnya tak rugi pun mencuba sebab bukan kena bayar apa2pun.
IT'S FREE. Sambil2 berblogwalking, berblog dan berfacebook tu...bak kata orang
SAMBIL MENYELAM MINUM AIR (tapi di bulan Ramadhan ni, janganlah pulak cari fasal...menyelam2 minum air pulak!) Baru iya, hancuzzzzzz puasa ko!
Dalam dok baca2 tu, ceritanya kalau cara link affiliate pun boleh buat duit juga, tanpa keluar modal cash! Nanti nak try laaa...alaala bukan rugi apa2, biarkan link tu menempek ja kat blog kita. Bukan kena berjual atau membeli apa2.
Issssyyyy, isyyhhh...dah mata duitan betul mMku sayang ni!
Hemmm, tak lah...
Saja2 seronok.
Macam dulu nak berblog, saja2 seronok. Begitu juga berfacebook, saja2 seronok ja....tapi kemudian jadi lebih seronok pula sebab dapat ketemu semula kawan2 lama disamping menambah kenalan baru.
Macam dok tempel iklan ni lah..manatau kalau dapat bayaran walaupun ciput je; kok kok lepas duit internet tu!
Okaylah, ni mM nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK2 SERTA SELAMAT HARI RAYA, bimbang esok lusa anak2menantu2cucu2 berkumpul, mM tak sempat nak post cerita terbaru pulak nanti. Jadi eloklah minta maaf awal2. Kepada yang bukan beragama Islam pun, marilah sama2 kita raikan.
Sesiapa yang nak datang beraya ke rumah mM, dipersilakan. HARI RAYA KE2, JUMAAT selepas 2 petang, tau! Kalo datang awal pagi, pastinya anda tidak akan dilayan!