Monday, July 30, 2012

demam tak kebah2...

Masih demam lagi, tak kebah2 pun. Ubat2 dari 2-3 klinik semuanya dah licin ditelan. Sekarang ni makan ubat batuk beli kat farmasi pulak lah. Hari tu dah makan ubat batuk Hurix Gamat Plus; mahal juga ubat2 batuk pun ya..; tapi tak jadi apapun. Masih batuk bertalu2. Berkokok siang malam. Menyalak tak kira masa.  

Adoiii...letih betul bila batuk menyerang, tambah dah berumur macam mm ni. Ya Allah, ampun, semput
jadinya. Mujur juga belum sampai ke tahap nak terkucil.

Hujung minggu lepas kakteh balik dengan suaminya, sempatlah bermalam sehari di rumah mertua sehari di rumah mm. Mengenangkan anak mm tu sedang berbadan dua, digagahi jugalah bangun memasak untuk sahur dan berbuka.Manalah tau kot teringat nak merasa air tangan emak pulak nanti, jauh2 balik; maknya demam tak reda2. Kasihan pulak!

Lagipun bila dah berkumpul ramai2 macam tu baru seronok memasakmakan sebab ada orang yang nak memakannya.
ayam panggang, rendang, kari keli, ikan bakar, siakap 3rasa,
ayam goreng tepung dan kangkung tumis sotong...
banyaknya...nak memenuhi selera semua orang!

Wednesday, July 25, 2012

demam-4in1

Salam Ramadhan.
Lama tak menulis..rindu membuak2 nk buka laptop. Tanganpun gatal2 nak menaip..tapi memang tak berdaya lansung. mm demam dah masuk 6 hari dah; bertahan ja puasa pun. Sekadar puasa menahan lapar dahaga ja lah nampaknya di awal Ramadhan ni. Mengaji tidak, solat tarawih (hatta di rumah) pun tak buat! Tidur yang lebihnya,selain dari tugas2 hakiki seorang surirumah. ITUPUN DAH TERPAKSA; kalau tak dibuat, nak harap siapa lagi nak buat, kan? Konon2 nak berzikirlah sambil2 rehatkan badan...last2nya tasbih jatuh ke badan, mata lelap tak sedar ke diri! Itulah penangan ubat demam.... selsema, batuk, penat/lelah, sakit kepala/migrane.

Seingat mm, inilah kali pertama mm jatuh sakit (demam!) sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Dan sejak 10 tahun lepas, inilah demam yang paling lama, paling teruk... sebab semua penyakit menyerang sekali gus; YANG mm KECEWA SANGAT2 TU... kenapalah di bulan Ramadhan yang mulia dan sentiasa dinanti2kan ini? Alahaiiii...alamatnya tak khatam ngajilah mm sebelum Syawal nampaknya ni.

Kasihan anak2 mm; kaklang & adik serta abahDin sambut sahur pertama dengan menu biasa2 ja; begitu juga petang esoknya minta dia orang pergi beli kat pasar Ramadhan saja. Hari ke2, kakngah & suaminya beli ayam panggang madu serta lauk2 kedai, kaklang pula masak nasi planta.
Isnin Selasa tu cuba2 juga nak masak sebab rasa tak kena dengan selera mm lansung juadah yang dibeli; maklumlah orang berjualan bulan puasa, mana boleh rasa sedap ke tidak, kan...Atau, tekak mm yang sakit; tu rasa tak menyelerakan apa2pun!

Hari mula bersahur tempohari, mm cuma makan capati cicah kari ikan ja sebab tak lalu lansung nak jamah nasi...tapi abahDin, MasyaAllah, berselera je, habis nasi sepinggan pulun capati pula! Itu kira mm belum betul2 masak tu....
Hari ke2, mm cuma minum nesvita extra...hahaha... mesti kawan2 hairankan, mana pula datangnya yang 'extra' ni... mm tambahkan susu tepung, oats dan nestum ke dalam cawan nesvita tu, jadi pekatlah sedikit airnya tu disamping itu rasanya pun tak lah manis sangat...
Hari ke3 tu, gagahi juga makan nasi sebab masa berbuka pun mm sekadar makan buah kurma dan air kosong je dengan sesuap 2 nasi + sayur..takut perut kena gastrik pula, dah makan ubat tak renti2.
Semalam masak bihun sup daging, sayur tumis, ayam pedas kicap dan udang goreng mentega..

Selalunya telur masin mesti ada dalam menu sahur di rumah mm ni. Tahun ni nak kurangkan makan telur masin ni sebab mm terbaca kat suratkhabar ada doktor nasihatkan jangan makan masin2 masa sahur sebab nanti siang kita cepat dahaga. Elok minum susu. Lagipun, kebiasaannya kalau di rumah mm ni, telur masin tu..akan tinggal yang putih tu je berselerak dalam pinggan...hah, siapa nak habiskan kalau tak mm (sebab sedih tengok makanan terbiar dan masuk tong sampah!) Bukankah mm cari penyakit namanya!

Harap2 sangatlah akan ada minggu yang mm boleh berkumpul dengan semua anak2menantu2 untuk berbuka dan bersahur bersama Ramadhan kali ini, InsyaAllah.

Friday, July 20, 2012

salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat kekawan pelayanblogger Muslim

 Marilah bersama-sama kita ingat-mengingatkan diri kita...





Wednesday, July 18, 2012

Majlis Aqiqah cucu di Dengkil

Sabtu, 14/8/2012; besan mm telah mengadakan majlis aqiqah cucu2barunya serta kenduri doaselamat sempena kedatangan bulan Ramadhan di kediaman mereka di Dengkil, Selangor.


mm(baju biru) bersama besan, kak Che'Puan dan ibumertuanya
Nik Qaseh Azalea bt Nik Muhd Hasbi (kiri)
&
Nur Eirdina Zaheerah bt Mohd Kamal
didokong ayah masing2
mujur tak meragam
abahdin(ad) -berbaju biru kopiah putih; menjamu selera

Monday, July 16, 2012

kitar semula ..


buat opahG

Kepada opahG; Fuziah binti Tak
Fuziah binti Tak (duduk no. 3 dari kiri)
Semuga terus mendaki puncak kejayaan & diberkati Illahi sepanjang hayat..amiin.
Dan untuk semua kekawan...

Thursday, July 12, 2012

selamat hari jadi

 
Selamat Hari Jadi 
buat adik angkat sejak 1976: En. Che Hassan bin Mahmud; 
semuga sentiasa berada di bawah lindungan Illahi...
aammiiinn.

Wednesday, July 11, 2012

Weblog Rasmi Anak-Anak Pengkalan Hulu: rumah anak yatim al-taqwa & abunur

Weblog Rasmi Anak-Anak Pengkalan Hulu: rumah anak yatim al-taqwa & abunur: sumbangan boleh la disalurkan dialamat: ASRAMA ANAK YATIM AT-TAQWA No. 22 Kuak Luar, 33100 Pengkalan Hulu, Perak. Tel / Fax : 04-477 80...



memandangkan tiadanya blog persendirian, sila ke http://budakroh.blogspot.com/rumahanakyatim

De'Redang: PROGRAM SINAR HARAPAN : BANTUAN SUMBANGAN RAMADZAN...

De'Redang: PROGRAM SINAR HARAPAN : BANTUAN SUMBANGAN RAMADZAN...: UPDATE 7 JULAI 2012 MENJELANG RAMADZAN   DE REDANG DAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN MENERUSKAN KERJA-KERJA KEBAJIKAN .....





segala maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari blog berkenaan

ANAK YATIM: Hubungi Pengurus

ANAK YATIM: Hubungi Pengurus: HUBUNGI


NAMA ZULKEPELY BIN OTHMAN

JAWATAN PENGERUSI

ALAMAT PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR KASIH TAIPING,
SIMPANG 3,ULU SEPETANG...




sila rujuk blog berkaitan untuk maklumat lanjut

Pusat Jagaan Anak-Anak Sinaran Kasih: BERAMAL BERSAMA ANAK-ANAK YATIM SEMPENA RAMADHAN Y...

Pusat Jagaan Anak-Anak Sinaran Kasih: BERAMAL BERSAMA ANAK-ANAK YATIM SEMPENA RAMADHAN Y...: Ruj kami: PJAASK/ 05/ 005 Yang berbahagia Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan BERAMAL BERSAMA ANAK-ANAK SINARAN KASIH SEMPE...







sila rujuk blog berkaitan untuk maklumat lanjut

Rumah Permata Kasih: Doa Senjata Orang Mukmin, Sedekah Lebih Tajam Dari...

Rumah Permata Kasih: Doa Senjata Orang Mukmin, Sedekah Lebih Tajam Dari...: Rumah Permata Kasih Kasih memerlukan sumbangan dari anda semua untuk melancarkan semua aktiviti yang telah disusun juga untuk menampung kepe...







rujuk blog berkaitan untuk maklumat lanjut

Friday, July 6, 2012

antara sireh dan kadok

Mungkin ada yang sering terkeliru atau ada yang tak dapat nak membezakan antara pokok sireh dan pokok kaduk/ kadok, kan? 
Persamaan dari segi bentuk daunnya memang agak ketara tetapi mm tak tahulah samada dari segi saintifik botani, kedua2 pokok ini tergulung dalam kelompok yang sama atau tidak.
Kedua-duanya memerlukan cahaya matahari tetapi elok di bawah naungan serta kawasan yang sedikit lembab.
Dari segi pertumbuhan memang hampir2 sama, hidup menjalar. Pokok sireh menjalar ke atas atau memanjat dan memerlukan sokongan/junjung. Pokok kaduk menjalar juga tetapi menjadi penutup bumi; sebab itu ada peribahasa seperti kaduk naik junjung yang bermakna orang yang mengada-ngada/ over sebab kaduk sepatutnya melata di atas tanah saja.
Di rumah mm kedua-dua pokok ini hidup subur; cuma ditanam di dalam pasu. Agaknya kalau ditanam di tanah, tentu lagi subur dan membiak dengan baik. Penanamannya tak sukar, pembajaan pun mm tak lah rigid sangat; ikut suka hati je. Cuma kena disiram setiap hari, itupun sebelah pagi sahaja.

pokok sireh

pokok sireh di rumah mm


sireh junjung untuk perkahwinan

tepak bersireh untuk peminangan
Selain diguna buat sireh junjung dan dimakan, sireh juga dibuat ubat. Boleh rujuk kat google atau terus ke sini zh.buchuk.blogspot.com; banyak juga pengetahuan tentang ubatan sireh ni.
Memang mm ada dengar orang2 tua melarang kita memetik daun sireh semasa haid; pokok akan merajuk dan dibimbangi terus layu lalu mati. Entahlah, betul ke tidak....

pokok kaduk

pokok kadok di rumah mm

kalau tak diambil untuk makan,
 boleh jadi belukar rumah mm ni...

Biasanya, mm buat makan ulam mentah saja pucuk kaduk ni. Sesekali tu adalah juga buat kerabu campur taugeh dan kerang. Ada masanya buat masak lemak cili api dan tempoyak, campur daun kunyit, pucuk ubi, petai, pucuk bebuas dan apa2 ulaman kampung lain yang ada masa tu. Dengar cerita kawan2, masak lemak daun kaduk dengan ikan bilis pun sedap..nanti nak try lah! Dan mm pernah buat lempeng cicah daun kaduk goreng dengan kelapa, sedap juga. Buat campur2 rencah untuk masak otak2 pun okay, tau.
Selain dibuat ulam dan sebagainya ni, pokok kaduk juga boleh dibuat ubat. Sila rujuk kat sini http://petuasejagat.blogspot.com/; untuk kegunaan2 lain.


Wednesday, July 4, 2012

cerita mat rempit buat anak2ku Firdaus, Jan & Jon

Nak cerita sikit fasal mat rempit
Selepas letih memarahi, meleteri apatah lagi sianak lansung tak masuk nasihat, tak dengar diajar serta tak makan segala benda motivasi; apakah seorang ibu sanggup menyindir anak kita seperti ini....
Dan mungkinkah sianak akan menjawab, "Don't worry mak, kalau matipun saya  gerenti masuk syurga sebab mati di jalan yang lurus!" (Mungkinkah itu sebabnya jalanraya yang lurus menjadi pilihan untuk berlumba?)
Kepada anak2 ingatlah...seorang ibu sentiasa menyayangi anak2nya. Sentiasa. Setiap masa.
Dan buat kita ibu2, kena juga ingat....
 Dan sempena hari baik di bulan yang mulia ini bersama-samalah kita memohon hidayah dariNya..