Saturday, June 30, 2012

accident

Salam, pagi ni awal dah menaip dah..
Tak ada mood nak buat apa2pun dah rasanya hari ni.
Entahlah, pagi ni ada Taklimat PLBS di sekolah adikAisyah...
Memang cadangnya nak pergi, tapi tak tahulah; rasa macam tak pegi je dah ni..mengantuk.
Tidur semalam tak lena memikirkan anak2menantu yang accident semasa dalam perjalanan balik ke Bg. Serai dari Tg.Malim malam tadi di highway dekat Gopeng. Hampir setiap 1/2jam mm menelifon mereka dari 9.30 malam sampailah 2 pagi bila mereka kata lori towing dah nak bergerak.
Alhamdulillah syukur sangat2 kepada Allah sebab hanya kereta saja yang teruk, anak2 berempat tak apa2 sekadar terkejut ja.
Alhamdulillah, rumah dan kereta (usedcar only!) berjaya dimiliki
selepas 3-4tahun kerja  di kilang Proton tu
 Dulu anak mm pakai kereta ni, buat drag vs drift lah; susah hati betul mm bila tengok aksi lumba/drift kat you tube tu...Mujurlah tak lama. Dia beli cash kereta tu hasil saving 2-3 tahun kerja, sebab takut bila nak beli rumah tak lepas loan bank, maklumlah kerja kilang ja..habis SPM ja pun..tak sambung belajar sebab katanya kalau sambung belajar pun nanti tak dapat kerja selayak kelulusan, rugi masa ja.
Sebagai ibu, mm tidaklah nak memaksa; yang mana okay ikutkan sajalah. Walaupun hati sedih juga mulanya bila dia menolak semua tawaran ke Politeknik Jitra, Kolej Profesional Mara Sri Iskandar dan Pusat Pertanian Air Hitam (dia dari SMT Langkawi; kursus Kejenteraan Ladang).
Alhamdulillah, walaupun pekerja biasa di kilang tapi tiap2 tahun penilaian prestasinya bagus, malah pernah dihantar ke Singapura berkursus mengenai enjin auto terbaru Jepun.
inilah kereta yang accident malam tadi tu...
Bila dah lulus loanrumah, barulah dia berkira2 nak tukar kereta. Dan bila dah dapat beli kereta waja tu sibuk pula nak berumahtangga...tapi okay lah tu, janji tak menyusahkan emak-bapak.
Semuga apa yang berlaku tidak sesekali menjejaskan iman dan takwa, sebaliknya menambah kesolehan dirinya...aminn.

Wednesday, June 27, 2012

the stress begin....


##################################


Hari ni dengan rasminya nak tutup blog krafhantarankreatif ni....
Terimakasihlah kepada followers dan viewers selama ni...
Harap mereka sudi bertandang ke rumah blog mm yang ni pula.

Tuesday, June 26, 2012

pajeri nenas

Ada orang sebut pajeri, ada yang panggil paceri.
Kalau di selatan Kuala Lumpur, pajeri nenas ni jenis tumis tanpa santan.
Jika sebelah utara Kuala Lumpur pula, pajeri nenas adalah yang seperti kari tu.

Alhamdulillah, tengahari ni mm masak PAJERI NENAS
Bahan2nya:-
untuk menumis:
  • sedikit minyak masak, 
  • bunga lawang,
  • bunga cengkih,
  • kulit kayu manis,
  • buah pelaga,
  • seulas bawang merah- dihiris halus,
  • seulas bawang putih-dihiris halus,
  • halia sedikit- diketuk2,
  • daun kari,
  • cili merah dipotong2,

bahan2 lain:

  • 1 sudu makan serbuk cili (jika suka lebih pedas- lebihkan),
  • 3 sudu besar serbuk rempah kari daging,
  • nenas dipotong bulat/ ikut suka,
  • garam,
  • gula putih,
  • santan,
  • beberapa sudu makan kerisik,
  • sedikit air- bancuh serbuk cili dan serbuk kari
cara2 memasak:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 untuk menumis.
  2. Setelah naik baunya, masukkan bancuhan serbuk cili & kari, kacau agar tak hangit.
  3. Biar sampai pecah minyak, baru masukkan nenas dan kerisik serta sedikit air.
  4. Apabila nenas sudah lembut baru masukkan santan serta garam dan gula.
Sedia untuk dihidang.

 Selain nenas, buah kedongdong atau amra juga sedap dimasak pajeri; tetapi mengambil sedikit masa untuk melembutkannya.

Jika menggunakan terung, masa memasak lebih cepat berbanding nenas.

Saturday, June 23, 2012

kepada anakanda ILLA...

Buatmu Illa

 *****************************************
Beberapa hari lepas, mm dapat panggilan talipon dari Illa yang mm dah anggap sama macam anak2dara sendiri. Kasihan, walaupun tak mengadu tentang cinta yang tak kesampaian, tentang putus tunang, tentang pelamin angannya yang musnah....tapi mm faham, apa yang sebenarnya nak dikatakan. Ya lah, kita pun pernah muda..tentu saja mengerti gelojak hati orang yang putus cinta..
Namun, mm tak nak menanyakan apa2 bak kata orang seperti sengaja menyiram minyak ke api pula.
Dan apa lagi yang dapat mm katakan selain dari menasihatinya agar bersabar dengan dugaan Allah. Besar harapan mm semoga Allah mempertemukan dia dengan lelaki yang dapat membimbing dan memperisterikan sebagaimana kehendak syari'ah. Kasihan emak-ayah yang sudah bersiap2 nak buat kenduri kahwin anak dara tunggal mereka.
Seperti juga dengan anak2 mm baik lelaki atau perempuan; mm selalu nasihatkan bila memohon kepada Allah, JANGAN SESEKALI BERDOA SECARA TUTUP @ misalnya berdoa "bagilah aku jodoh dengan sipolan sipolan"... sebaiknya doakan " kalau dia jodohku Engkau perelokkan, jika tidak Engkau berilah ganti yang lain untukku...."

Bukan apa, dengan doa yang tertutup/menyebut nama@tempat khusus; kita akan jadi payah nak lupa jika terputus dan ini akan membuatkan kita lebih menderita. Lagipun bagi mm, dengan menyebut specified macam tu seolah2 kita pula yang mengarah tuhan padahal kita meyakini yang Allah MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik.


Cinta bukan sekadar menerima kesempurnaan sebaliknya mencukupi kekurangan.
Seharusnya sama-sama belajar lengkap-melengkapi antara satu sama lain.
Dan janganlah sesekali membiarkan diri berputus asa meminta dari Allah..kerana melaksanakan doa dan harapan kita insan2 kerdil ini CUMA DIA...
Berdoalah tanpa putus, tanpa sempadan....
Kepada bekas tunangnya, mm catatkan untuk pedoman di masa2 mendatang...


Kepada Illa,


Kepada kedua-duanya, mm doakan:-
Semuga kalian berdua bertemu jodoh dengan pasangan yang bukan saja baik dan beriman tetapi juga ideal, secocok, sepadan dan sempurna untuk diri masing-masing.
Tak perlu ada dendam di hati,
Tak perlu simpan kenangan di sanubari,
Cekalkan semangat di jiwa,
Kuatkan iman dan minda...
Ingatlah...
Lain orang lain keperluannya; lain orang lain tastenya! 
Jadi, tak usah kalut membanding yang baru dengan yang lama. 
Tak usah sibuk mencari kesalahan sesiapa.
Tak usah mengenang dan mengungkit;
SEBALIKNYA
BELAJAR MEMPERBAIKI DIRI DARI KESILAPAN LALU;
SEBAIKNYA
BERUSAHA MEMAHAMI KEPERLUAN ORANG LAIN JUGA..

InsyaAllah, 
semuanya akan berada dibawah perlindungan Allah kelak.

AKHIRNYA INILAH RUMUSAN DARI mm

Friday, June 22, 2012

salam syaaban



Nak share dengan kekawan semua...
semuga sama2 mendapat menafa'atnya. 
InsyaAllah.


terkilan tersinggung...

Pernah tak terasa hati dengan seseorang yang sangat rapat dan kita sayangi atau hormati? Ini kerap terjadi dalam hidup mm sejak2 beberapa tahun kebelakangan ini. Tak tahulah kenapa, cepat benar mm kecewa, terkilan, (merajuk tu belum lagilah) kecil hati dan terasa seperti dipergunakan kebaikan kita...Mungkin juga dah masuk umur 50+ ni jadi macam ni kot...padahal dulu2, tidak pula. Malahan mm rasa pun hati mm ni dah cukup lasak menangani semua tu.
Pendekatan dulu2 yang mm selalu ambil, BERDIAM DIRI...tapi sekarang ni rasanya lebih agresif lah pulak-macam nak melawan balik ja. Hangin satu badan! 
Namun selalunya yang berlaku, tak ada pun yang tahu atau perasan yang mm kecewa, tersinggung atau ambil hati dengan sikap atau perbuatan seseorang tu. Macammana nak mengatasi semua ni, hah?
Mengaji al-Qur'an, solat & puasa sunat, berzikir dan bermuhasabah diri....
Mungkin juga kena ambil suppliment seperti CoQ10 atau EPO, kan?

 PERLUKAH PENGAMBILAN SUPPLEMENT NI....
ATAU MEMADAI DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN HARIAN YANG BERKHASIAT?

Thursday, June 21, 2012

dakwah santai...


Pagi akhir Rejab tahun ni...saja2 nak masukkan juga post2nasihat yang ada mm jumpa kat google & facebook yang mm rasa dapat memberi manafa'at kepada kita, Insyaallah.
Hari ni puasa lah katakan...tu yang nak panjang2kan pahala dakwah orang lain juga.






Wednesday, June 20, 2012

sup krim cendawan & ayam

Malam tadi sebab nak mengelakkan dari makan malam dengan nasi, jadi mm buat sup krim cendawan.

Senang ja nak buatnya.
Kalau nak lagi senang, beli yang dah siap pack tu samada dalam kotak, tin atau bungkusan.
 
Ada yang serbuk, cuma kena bancuh air panas; ada yang kena larut dengan air dan panas atas api; dan ada yang lagi mudah ready-cook...tuang terus ke dalam mangkuk je!

mm tak suka sangat yang siap-sedia tu sebab kadang2 terasa terlebih masin pada selera mm; walaupun dicatat "NO MSG added".

13-14 tahun sudah mm pernah mengikuti kursus masakan western yang dikelolakan oleh Tuan Hj. Rosli (chefLi) di Ipoh. Antaranya diajar nak buat kuah sup krim ni sendiri. Sejak tu, mm buat sendiri dan seringkali disuruh kawan2 ofis ad masakkan untuk mereka... Pernah mm buat berniaga untuk pasar ramadhan; Alhamdulillah, orang kampung pun dah pandai makan sup mat salleh ni! Namun lama juga dah mm tak masak banyak2 macam dulu tu.

Ni resepi sendiri diolah2 sikit sebanyak supaya menepati selera dan kehendak kesihatan diri sendiri.
 Antara bahan2nya: (maaf, mm tak guna sukatan sebenar, main agak2sendiri ja)
-susu kotak penuhkrim (kalau tak full-cream bukan sup krim lah!) atau susu tepung bancuh dengan air;
-serbuk / kiub ayam
- bawang putih dicincang halus (jika suka)
-cincang & blender; bawang besar seeloknya yang jenis putih
-hiris halus: cendawan butang segar atau elok guna yang dalam tin; yang sudah dibelah lagi bagus.
-isi ayam cincang (jika nak guna)
-serbuk lada sulah
-serbuk daun oregano
-sedikit tepung jagung/gandum bancuh dengan air untuk memekatkan kuah
-mm suka gunakan pemekat dari bancuhan oats yang diblender halus (sedap & berkhasiat lagi tu...)
Cara memasaknya:
Tumis sesudu mentega/minyak masak, tumis bawang putih. (mm tak tumis, terus masukkan bawang dalam air je; itupun kalau nak guna)
Dengan api perlahan, didihkan air sehingga menggelegak. (Air ikut banyak mana suka kuahnya)
Masukkan isi ayam dan cendawan. Kacau2 sedikit sebelum masukkan kiub ayam dan susu. Hati2 takut over flow bila mendidih nanti, lagipun susu cepat hangit atau meruap.
Masukkanbancuhan tepung dan oats untuk memekatkan kuah.
Tutup api dan taburkan daun oregano serta lada sulah juga rasa garam jika memerlukannya.


 Roti panjang yang keras ni namanya roti baguette atau roti peranchis. Sedap dipotong2 dan sapu dengan mentega garlic. 


Siap untuk dihidang....dengan roti apa2 pun okay sup krim ni.