30/5/2012 mm pergi makan kenduri kahwin di Sik, Kedah; dapat doorgift bakul diperbuat daripada suratkhabar dan majalah lama.
Cantik.
Lama dah mm berangan nak buat untuk kenduri sendiri tapi rasanya tak tercapailah hajat mm ni.
Hari tu mm try buat dah, herot petot jadinya. Buat kecil aje pun....
Itulah yang mm fikirkan, macamana nak buat sampai seribu, nak buat 2 biji pun belum tentu serupa atau sama....
Itulah yang mm fikirkan, macamana nak buat sampai seribu, nak buat 2 biji pun belum tentu serupa atau sama....
Ini dapat masa kenduri kawan anak mm; besar tuu...boleh isi botol2 ubat dan vitamin. Bunga2 tu mm tambah sendiri laa.. |
Ini semua mm dapat masa pergi kenduri kat Sik, Kedah semalam; cantik sesangat sebab dah dihias2 gitu... |
yang ni muat2 untuk telur saja; mm dapat masa pergi kenduri tahun lepas |
Beberapa contoh bakul dari kertas surat khabar yang sudah di cat @ shellec
Ini pula yang belum siap dicat dalam pelbagai kreativiti.
Jika ada yang nak belajar buat; boleh google sebab banyak blog (mm tak sempat mencatit nama2 blog pengkarya kerana nak cepat, sekadar berblogwalking sambil lalu je..) yang bukannya tunjukkan gambar atau untuk berjualan saja, malahan ada yang sangat baik hati bersedia bagi tunjuk-ajar secara yang sungguh details.
TERIMA KASIH, semuga tuhan merahmati budibaik kalian.
Di dalam buku teks kemahiran Hidup/ Pendidikan Seni sekolah menengah rasanya ada tunjukajar ni. Boleh juga bertamu ke blog azkin.blogspot.com. & salwiena.blogspot.com. (kalau mm tak tersalah ingat).
Ni mm letakkan gambar2 dari pakcik google, mungkin ada antara sahabatblog yang mendapat sedikit sebanyak idea cara membuatnya...
kena gulung kertas surat khabar, banyak2 |
No comments:
Post a Comment