Sunday, July 14, 2013

oh...sedapnya manis2

bubur som-som @ lompat tikam
(versi mM)
Dalam bulan puasa ni, sedapnya makanan manis2, kan? Air sirap merah pun dah terasa keenakannya.
Tapi, awas kekawan blogger semua, itulah perangkap maut yang paling kita tak terperasankan.
dadih
mM sekadar nak peringat diri sendiri disamping nak refresh amaran Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Kesihatan!
Fuuuyooo, mM.....sejak bila pula jadi jurucakap  'orang klinik' ni?
mocha caramel pudding
Sebenarnya, mM dah jadi risau melihat aktiviti makan mM  sepanjang 3-4hari berpuasa ni.
Apa tidaknya, hari2 mesti mau makan manisan/dessert. Air bergula lagi. Makanan lauk-pauk bersantan, bergoreng berminyak....aloloooo, hendaknya janganlah beraya atas katil wad hospital pulak nanti.
agar2 santan
kari...!
Ya Allah Ya Rabbi, ampunnnnn....tolonglah selamatkan mM ni.
Jauhkanlah dari sebarang penyakit kronik, setakat demam & sakit gigi tu, tak ngapalah lagi. Bertahan ajalah!
Berilah kesihatan yang baik, akal fikiran yang waras sepanjang hayat.
Ya Illahi....kuatkan tubuhbadanku....agar mudah nak beribadat, agar sempat nak ke Mekah, agar dapat aku berbakti dengan emak dan suamiku, paling tidakpun sebagaimana telah kulakukan terhadap aruah ayah.....
Sesungguhnya Engkaulah Ya Allah Penjaga Sekelian Alam,
aminnnn.

Thursday, July 11, 2013

Sakit gigi punya fasal....

Banyak hari juga dah mM tak meng'update' blog ni...
Bukannya sibuk sampai tak sempat nak buka computer. Sebenarnya, mM menyibuk dok menggodek...(apa ke benda nya tu?) Kekekekehhh....entahlah, perkataan apa tu!
Macam ni, macamniiii...mM sibuk dok try nak buat laman web. Hahaha..lagi kelakar mM ni, kan?
Mesti korang fikir mM merapu, kan? Dah buang tabiat ape ke orang tua ni!

Tak da paaa...memang saja2 ja nak mencabar keupayaan serta kebolehan diri!
Rupa2nya, susah juga ya nak bina website sendiri. Patutlah kos upahnya mahal bebeno!
Domain dah beli, hosting pun sudah...tapi payah benar nak set-up; nk upload  download  itu ini lah pulakkk. Computer mM ni pulak bukannya versi terbaru...banyak yang tak lengkapnya. Ambik ada jeee.
Last last, tukar blogspot ajelah ke dot com (.com); lepas setahun nanti, alamat tukar ke blogspot balik lah. Senang, dah tentu free!

Hampir seminggu lebih dah, sakit gigi kembali menyerang..
Bukan gusi dan pipi saja yang terasa membengkak, bibir pun rasa pedih. Adoi, nak ke dental; takut. Dah tuuu, jenuhlah menanggung sakitnya.
Ini...namanya ja ubat gigi, tapi kalau korang nak tahu...macam2 sakit boleh dilegakannya. Bisul, jerawat sakit sendi dan banyak lagi.....tapi itu kata orang lah kan, mM tak pernah mencuba lah untuk redakan sakit2 lain tu.
Bagi mM, benda ni cuma mM khususkan untuk sakit gigi ja.....sebab sakit lain setakat ni, boleh lagi mM hadapi dengan sabar dan tabah, kecuali yang sakit 1 ni.....adooooiiii, adoi mak..sakitnya gigi!
Guna ubat ni, di oleskan ke tempat yang sakit atau yang berlubang tu.
Sebenarnya ubat gigi Dr. RODZI ni memang lama dah terkenal dan dah banyak dah dapat penghargaan dari segi perubatan.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang carilah sendiri ya. 
mM malas nak copy-paste!

Ni, pun mM suruh aD beli di farmasi.
mM suruh dia beli ubat sakit gigi, nahhhhh...dibawa balik yang ni...ubat titis atau sapu.
mM tak gunakan pun sebab tak berapa berani nak pasti, dibuat dari apa.
Ubat titis...tengok botolnya tu, macam botol minyak wangi arab; minyak attar tu, kan? Siap disertakan dengan putik kapas lagi.

Hahhhh...yang 2 ni, mahal sikit, jadi mM sayang nak guna kerap2 sebab nak gunaka untuk perkara2 lain. Sakit lutut, sakit tumit, tergeliat dan serbaserbi dok tenyeh dengan minyak zaitun, minyak habbistussauda (eja pun tak botoiii ni). Makan boleh, untuk memasak pun boleh digunakan. Nak bagi licin jari kaki yang kematu (keras macam batu!) pun boleh.

Wahhh...hari ni, cerita azabnya sakit gigi tak seberapa, lebih kepada dok mengiklankan barang pulak dah..
Bukannya apa, manalah tahu kalau2 ada yang sakit gigi...bolehlah cuba ubat2 ni pula. Jangan asyik dok telan panadol je, kata orang banyak mudaratnya. (Nota: ni bukan kes nak condem, tau!)








Monday, July 1, 2013

makan kenduri lagi..

tuan rumah (tengah
Semalam, mM dan aD pergi ke Batu Gajah, Perak.
Pergi berdua ja, sebab adikAisyah ada pelbagai hal di sekolahnya. Mujurlah kaklang ada, boleh tolong uruskan menghantar dan mengambilnya sebelah pagi dan tengahari tu.
Majlis walimatulurus anak kawan sehostel masa kat MGS dulu; Norshamsiah.
Sebelum kami pergi ke rumah kenduri tu, kami pergi ke rumah Rosminah dulu. Saja2 ja, nak tengok di mana rumahnya, dah terlanjur sampai ke Batu Gajah tu. Tapi tak masuk dalam rumah pun, sekadar menyerahkan batang pokok bunga kesidang ja. Lagipun Ros anakberanak dah ready nak ke rumah kenduri tu, kalau menyinggah...alamat sembang lama lagilah pulak!
Kami pun pergi berkonvoi ke rumah kenduri Norsham tu.
Mujur ada Ros, kalau tak... susah juga nak mencari rumahnya..maklumlah mM dan aD pun dah lama dah tak meronda di sini. Dulu2 semasa tinggal kat Ipoh tu, kerap jugalah kami bersantai kat pekan Batu Gajah ni..
Malangnya, mM tak nunggu lama kat rumah kenduri tu. Jadi tak sempatlah jumpa geng yang lain. Ke rumah Rosminah pun tak pergi dah selepas tu, dok berebut nak balik. Nak kejar masa untuk ngambil adik dari sekolah.
dari kiri mM, Norshamsiah dan Rosminah
semua dah bermata 4...
nampak teruk betul mM...perut dah meninggi tu!
nak kena lebih exercise ni...