Sunday, May 20, 2012

tanamtamanlaman laa pulak...

Dulu rumah-blog-khas yang mm bina untuk landscaping
tapi kini dah nak disatukan sekali dalam blog ni

TAMAN di rumah mm

Rumah mm memang sebelum ni mesra alam; pokok2 menghijau sekeliling kediaman. Sejuk mata memandang dan sejuk juga suasana dirasa. Sampaikan ada kawan2 adikAisyah kata.." rumah hang macam hutan"....tapi mereka tak tahu yang ini bukan sembarangan hutan.....INI HUTAN TERPELIHARA. (sayangnya tak snap gambar2 masa tu.)
Namun demi keselesaan anak2 yang kian membesar dan akan berumahtangga, tentulah memerlukan tambahan bilik. Masing2 nak bilik sendiri. Jadi terpaksalah korbankan tanah yang sekangkang kera tu untuk buat renovation.
Maka siibu yang minat menanam ni pun terpaksalah beralah atas kehendak & tuntutan hidup insan2 tersayang...pokok pun sayang juga; lama jugalah mm menangisi tamanlaman yang hilang dari pandangan mata tu. Sedihnya melihat semua hasil penat lelah titis peluh mm menjadi padang jarak padang tekukur!
Pokok2 semuanya terpaksa ditanam dalam pasu sebab dah tak ada tanah dalam kawasan pagar rumah; habis semuanya disimen- maklumlah orang2 tua separa warga emas....dah malas nak merumput dan meracun; apatah lagi nak menebas menarah!



Semasa proses pengubahsuaian, pokok2 yang berselerak lansung tak dapat nak diurus malahan banyak pokok2 kesayangan mm yang mati.


 Memandangkan banyak pokok2 mm yang kurang sesuai diletakkan pada panas terik serta memerlukan teduhan, jadi mm terpaksalah masukkan semua pasu tu ke dalam kawasan rumah.
Pasu pokok banyak, ruang terhad...dilema betul! Dan itulah yang sangat2 menguji dan menguja mm untuk mencipta landskap yang sesuai.

Bagi mm, laman yang menarik bukanlah hak mutlak pemilik kediaman mewah sahaja. Biarpun rumah mm mempunyai kawasan luar yang sangat terhad, tapi mm tetap bersyukur kerana dikurniakan Allah sebuah kediaman yang selesa untuk berlindung dari hujan panas berbanding dengan ramai lagi orang yang bergelandangan di jalanan serta di kaki-lima kedai. Pun begitu, mm tetap memasang impian (angan2) untuk menghasilkan gaya taman yang bukan saja menarik tetapi kalau boleh biarlah menjadi healing place untuk seisi keluarga. Sebab itu mm telah menetapkan beberapa kriteria dalam menjana idea agar mendapat apa yang ingin dicipta!

Dalam taman mm, pelbagai konsep taman menjadi pilihan mm. Ada sudut tropikal kontemporary, ada konsep Neo-Nusantara, ada sudut kaktus dan ada juga ruang ala-ala English garden. Dan pastinya tak ketinggalan, tentu saja ada edible garden. Macam2 ada...tapi tak lah caca-marba!

TAMAN CONTEMPORARY TROPICAL(my style!)



Kekemasan perlu seiring dengan keindahan dan kebersihan dalam penyenggaraan serta pejagaan taman berkonsep tropikal kontemporari ni agar penampilan keseluruhan bersatu dengan binaan struktur yang sesuai. Tapi macam kediaman mm ni, boleh dikatakan hampir2 tak ikut konsep sebenarnya....mana nak cari duit kalau semua nak diselaraskan macam pakar landskap punya rules!

Pokok anggur yang tak pernah berbuah...inilah akibatnya disemai dari biji dan ditanam dalam pasu!

Konsep ini memerlukan kita bijak bermain dengan alam dan tekstur
menerusi gandingan eleman air, tanaman hiasan, binaan serta keseimbangan unsur pencahayaan bagi menambah impak titik fokal serta tidak bercanggah antara satu dengan yang lain; dalam erti kata lain- biar kelihatan harmoni di mata dan dapat dirasa di jiwa


Penyusunan pokok2 perlulah berteraskan kesepaduan & keharmonian kawasan.

Penggunaan elemen2 kejur seperti arca perlu juga diseimbangkan dengan keperluan dan penampilan keseluruhan taman.

Pemuliharaan landskap mesti mengambilkira keselesaan persekitaran serta penggunaan dan pembahagian ruang tanpa mengabaikan prinsip2 keselamatan penghuni.

TAMAN NEO-NUSANTARA (my style!)

Sama seperti landskap berkonsep lain, dalam konsep Neo-Nusantara juga mengambilkira corak & warna daun pokok yang boleh digabung-gabungkan.
Pemilihan pokok berasaskan spesis, warna dan rupa bentuk bunga serta daun disamping ketinggian dan keperluan cahaya setiap pokok.
Mm biasanya lebih suka menekankan tentang gabungan atau susunan pokok mesti mempunyai konsep perancangan serta penghasilan kreativiti dalam komposisi kelompok pasu2 tersebut.
Baru nampak sepadan dan harmoni...


No comments:

Post a Comment