Sunday, May 6, 2012

Jemputan kahwin anak Maznah Tak

Pagi tadi, mm bersama anak2 Kaklang & adik, menghadiri majlis kenduri sambut menantu Maznah binti Tak, seorang kawan rapat semasa di sekolah menengah, MGS Ipoh. Sepanjang 1972-76 tinggal di asrama, kami seperti adik-beradik yang ada masanya bermasam muka dan biasanya lebih kerap saling memahami kesusahan dan kesulitan hidup keluarga masing2.

Di majlis itu yang diadakan di kediamannya, di Bandar Universiti Sri Iskandar, Perak; mm bertemu dengan Ani; Noraini Nawawi dan Naemah Asmawi; kawan2 seasrama, sekelas di sekolah tersebut.

Selesai majlis, kami bertandang ke rumah Ani, yang letaknya di taman sama. Dijamu dessert serta sempat lah juga meminta pokok keladi hiasan untuk di tanam.



Rumah Ani cantik dan kemas. Landskapnya menarik.
Rupanya Ani ni mengambil upah menjahit baju...bolehlah kawan2 kita hantar kain kat Ani ni..

No comments:

Post a Comment