Wednesday, May 23, 2012

cenderahati kenduri

Entry hari ni nak cerita @ nak tunjuk gambar2 doorgift kenduri 28/4/2012 tu.
Mai layan gambar je lah..dah tak tahu nak sembang apa dah hari niiii...

 Inilah rupa doorgift awam....hahaha, dalam tu ada kurma dari YusofTaiyoub, kaklang punya hand-made chocolate dan mashmellow.

Yang ni letak gula-gula je, nak letak telur bimbangkan berat.

 Ini pula beg untuk tetamu rombongan, kumpulan marhaban dan kawan-kawan yang dekattttt-di hati.
Letak kuih2 kering sikit, bunga telur, bekas gula2 dan perfumed-hanging pillow.


Untuk kawan2, mm letak surah Yassin + tasbih yang sudah dipakaikan baju , bagi yang non-muslim mm bagi buku nota.

Inilah dia self-hand-made cover Yassin+tasbih / note-book  tu..


Mari nak tunjuk sikit macamana nak buat cover tu..
1) Mula-mula gunting kain biar kecil sedikit dari size buku untuk buat poket. Lepas tu baru gunting kain 2 kali size buku dan diberi lebihan sekeliling...alaaa macam kita nak balut buku sekolah tu lah!
2) Jahit poket kat kain yang besar tu; agak-agaklah supaya terletak di tengah-tengah.
3) Kemudian balutlah buku tu seperti membalut kertas plastik/kertas hadiah.
4) Gam guna gam 'double-sided-tape' di bahagian dalamnya. Selepas tu, potong kadboard atau kertas dari kotak tisu/ cereals dan guna gamUHU menampal atas kain tu.
5) Lekatkan gam vicro dengan gamUHU untuk bahagian poket serta gamkan riben.
6) Dah siap....comelkan!

2 comments:

  1. kalau bekas kertas telur yang lagi besar ,yang dapat muatkan pau lebih kurang satu tapak tangan ,ada tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekas kertas tu memang dah agak besar dh, bukan jenis kecil mcm org bisa letak telur sebiji @ gula2 tu.

      Delete