Saturday, May 12, 2012

Cerita kenduri 28/4/2012 lagi..


28/4/2012: KENDURI KAHWIN ANAK MM

Semasa kenduri tempohari, ramai juga kawan2 paling lamaaaaa mm yang datang. Seronok betul mm. Sebab apa mm kata paling lamaaaaa? Sebab ada yang TAK PERNAH LANSUNG BERJUMPA selepas berpisah..ada yang kawan sekolah rendah, ada kawan masa sekolah menengah, kawan seasrama, kawan sepejabat dan kawan2 yang pernah menjadi jiran mm serata pelusuk negara.
Sayangnya tak semua dapat dirakam gambar, maklumlah sibuk melayan tetamu undangan. 

Hari ni nak letak gambar kawan2 yang sempat diambil tempohari.

MARIATUL KABTIAH; tak lama lagi pun nak tambah menantu lagi...
sayang sungguh tak sempat nak ambil gambar di hari kenduri tu...
CHE MAIMUNAH BINTI YUNAN; kawan sekolah rendah, berpisah sejak tahun 1971

NORHAYATI BINTI SHAARI; kawan seasrama; 
Terimakasih, Yati...dah 3 kali menerima jemputan mm

MOHAMAD AMIRUDIN BIN AMRAN; kawan sekolah rendah, tak pernah jumpa sejak 1971

AMINAHMAL BT MOHD SULTAN; kawan sekolah rendah
ad dengan kawan2 kolejnya, berpisah selepas keluar UiTM; 1978


ROSMINAH BINTI AHMAD dari Batu Gajah; kawan semasa di sekolah rendah, lepas tu terpisah
dan jumpa semula kat MGS sebelum berpisah lagi

NORAINI BINTI SIDEK; junior semasa kat asrama MGS Ipoh.
Bersusahpayah balik dari KL.
FUZIAH BINTI TAK; kawan seasrama yang tak pernah miss memenuhi undangan mm.
Terimakasih, OpahG.

CHE HASSAN BIN MAHMUD; kawan/junior sekolah menengah: juga salah seorang adik angkat;
jauh datang dari KL

 Apa2pun, mm ucapkan terimakasih kepada yang sudi datang.
Yang mm agak kecewa, ramai juga kawan2 yang beria-ia janji nak datang tapi tak muncul2 sampai ke akhir majlis...barangkali mereka ada komitmen lain pada tarikh tersebut. Tak apa, mm faham.

No comments:

Post a Comment