Dan macam2 versi cerita timbul, walaupun siibu sudah dijatuhi hukuman; tetapi sibayi masih trauma:- takut berjumpa orang! Dengar ceritanya, siibu tu mangsa rogol dan tak dapat menerima kelahiran tersebut. Kalau begitu, kita sebagai manusia biasa rasanya dapat accept alasan berlakunya penderaan tersebut, cuma yang mm hairan dan sangat2 tak faham tu; tak adakah sesiapa yang dapat menolong siibu menghadapi situasi & emosinya sedari awal2 lagi. Ke mana ibubapa adikberadik saudaramara jirantetangga siibu tersebut; siibu dikatakan penduduk tetap negara ini; tentu ada juga kenalan atau majikannya...tak ada sesiapakah yang prihatin akan nasibnya? Nahhh...sekarang 2 insan yang teraniya hanya kerana kita terlewat menangani 1 masalah...
Moral of the storynya...; kenalah juga kita intai2 dan ambil tahu hal orang lain walaupun kata orang dulu2; JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG: tapi mm rasa kita kena lihat dari persepsi berbeza...JAGA TEPI KAIN ORANG tapi JANGAN SAMPAI MASUK DALAM KAIN tu, udahhh leee!
Kata orang sakit bersalin mengatasi sakit segalanya didunia ini; yalahhhh kan, sebab tu disamakan 'bagai nak tercabut nyawa di badan'. Sungguhpun wanita ni lemahlembut hatibudinya berbanding lelaki, tapi tuhan memberikan kekuatan yang berbeza dalam menangani kesakitan. Tak caya? Cuba tengok bila lelaki sakit gigi....tapi apalah sangat sakit gigi dibanding dengan sakit bersalin. Ibaratkan kalau nak teran buangair besar tahi keras pun dah sakit, inikan pula nak teran keluar satu nyawa! Sebab tu, ganjaran pahala yang Allah Ta'ala kurniakan sangat besar..MasyaAllah.
Kepada semua....
No comments:
Post a Comment