Ya Allah.., walaupun kenduri dah nak masuk 3 minggu berlalu, tapi rumah mm masih juga berselerak. Berteraburan dengan kekotaknya, dengan tikar-bantalnya, segala cadar2, selimut2, toto2, sejadah2, karpet2, bekas2 hantaran, bunga2 hiasan, kotak left-over doorgift dan segala macam messy....
Itu belum lagi di dapur; segala bebawang & rempah-ratus yang ada pula berlebih2an. Merata-rata letaknya segala macam bungkusan.... dah tak tentu tempat dah..
Dalam bilik tidur pun begitu juga. Semua bilik tak terurus, main sumbat je apa yang boleh.
Kat luar rumah pun sama.....pasu2 pokok yang diubah semasa hari kenduri tu, masih tak disusun-atur semula.
Ya Allah...bila lahhh semua ni nak berbalik pada keadaannya yang asal?
Rasanya dengan darjah kemalasan mm yang semakin hari semakin meninggi ni; ditambah pula dengan ketiadaan orang yang dapat nak membantu...(anak2 dah tak ada di rumah, ad pula asyik diserang gout je...); barangkali sampai ke hari mm nak buat kenduri sekali lagi pun, rupawajah rumah mm ni masih macam ni lah juga berseleraknya!
Itupun mujur jugaaaa...lah sebelum anak2 dan menantu2 balik hari tu, mereka dah tolong cuci segala pinggan-mangkuk dan periuk-belanga; cuma menunggu kering untuk disimpan.....sampai lah ke hari niii!
Mereka juga dah tolong angkatkan pasu2, almari/kabinet serta kotak2 dan meletakkan di tempatnya...cuma menunggu untuk dipunggah dan disusun je sebab mereka takut tak boleh buat seperti yang mm kehendaki....itu pun masih kat situ dan macam tu juga laaaah sampai sekarang!
Teruknya mm ni, kan?
Ini pun mm pula dah dok berangan nak meng'organize' semula blog2 mm yang berkecamuk tu; konon2nya rasa macam nak persatukan je blog2 lain ke blog ni. Senang sikit kot...jenguk satu blog je tiap2 hari; baru banyak sikit perkara nak ditulis.
Dulu tu buat asing2 agar senang nak menulis ikut tajuk; fasal pokok, fasal jahitan, masakan; tutorial dan sebagainya...last2 ada blog yang tuan-rumah sendiri tak sempat singgah berbulan2!
InsyaAllah, lepas ni, nak masukkan/copy entry yang lepas2 dari blog2 mm yang lain tu; kena buat sikit2 dulu ke dalam blog REMPAHRATUSKEHIDUPAN ni.. Masalahnya, mm tak tahu samada boleh ke tidak kalau kita pindahkan blog2 tu menjadi 1 blog je...Kalau boleh, senanglah sikit kerja mm; tak perlu nak salin balik semula semua tu...
Nanti mm akan usahakan untuk tulis pasal kemas-mengemas rumah ni la pulakkkkk; tak tahulah bila tahun pula baru menjadi kenyataan. Apa2pun rasanya kena kemas rumah sendiri dulu!

Nah...macam2 alasan lah! |
No comments:
Post a Comment