Saturday, May 12, 2012

selamat hari ibu

                                                               SELAMAT HARI IBU
Anak2menantu2 mm semuanya tak pernah miss mengucapkan ucapan hari ibu/bapa setiap tahun.
Sepanjang ingatan mm lah, sejak mereka kecil lagi, memang tak pernah mereka lupa. Lagipun sudah jadi semacam tradisi dalam keluarga kami, hari2 begini khasnya harijadi setiap anggota keluarga akan disambut, paling2 tidak pun dengan kad ucapan memandangkan sekarang semuanya dah tak tinggal bersekali mm & ad.. Apatah lagi di zaman siber ni, semuanya pakai facebook & sms sajelah...
ini kad tahun bila entah...dh lupa dah..dari anak bongsu mm...
banyak lagi dalam simpanan mm
Dulu2 mm yang akan mengajar buat kad dan mengingatkan mereka tarikh2 penting ini, tapi sekarang semuanya dah terlebih canggih dah dari mm.


Sejak anak-anak dilahirkan, masuk tadika, bersekolah rendah dan menengah serta membesar remaja ; hatta berpindah entah berapa buah rumah sewa dan bandar: sign dengan kata-kata di atas tak pernah mm tak lekatkan di dinding bilik mereka dan juga di ruang tamu.
Ada yang mm jahit 'cross-stitch' , ada yang disulam benang dan ada yang ditulis @ cetak cantik2.
Itulah salah satu cara mm nak ingatkan anak2 agar mereka berada di landasan yang betul.
mm pun dah tak ingat di mana mm dapat perkataan ini, maklumlah dah lama sangat dah....sejak 1980 lagi!


Kata-kata di atas mm terjumpa kat 1 post di fb, dan bila sesekali fikir, betul juga nasihat ni...Itu yang mm masukkan kat sini; untuk renungan kita bersama...

Memang betul pun....

Dan selepas membaca serta berfikir tentang kata-kata tersebut, mm rasa nasihat mm yang ni elok kita praktiskan dalam hidup kita ini..

mm memang dah lama amalkan, setiap kali nak tidur, mm akan ucapkan kata2 memaafkan semua orang dan berharap mereka juga begitu terhadap mm.

No comments:

Post a Comment