Thursday, May 31, 2012

waktu dhuha...

Sebenarnya post ni ditulis selepas mm selesai solat sunat dhuha pagi tadi..tapi tak sempat pun nak selesai menulis, cucu mm menangis. Apa lagi terbelangkalai lah sampai sekarang.....
doa selesai solat dhuha yang biasa mm amalkan
Ada banyak perkara sebenarnya yang nak mm tuliskan pagi tadi tapi dah terlupa lah pulak bila idea tu terperam sampai ke malam ni...
Oleh kerana ada yang mm tuliskan pagi tadi sudah tak relevan untuk masa malam2 ni, kenalah delete je...
Dan.....mm pun dah kekeringan idea dah ni; nak kena tunggu ilham lain muncul lah pulak nanti!

Memandangkan hari ni pun mm berpuasa, jadi tak bolehlah nak merapu-rapu sangat, kan?


Sekadar bagi nasihat dan kata-kata motivasi buat kita sama-sama renung2 dan fikir2kan.
Yang baik diikut; mana yang tak elok pula kita tinggalkan.


SIK, Kedah-kenangan mengusik jiwa...

Semalam semasa pergi makan kenduri di Charok Pelandok, Sik, Kedah sempatlah kami berlima beranak menjengah sekejap kawasan perkelahan PERANGIN yang sekarang dipanggil sebagai Air Terjun Peranginan Taqwa.

Teringat2 semasa tinggal di sini pada tahun 1987-1990, petang2 atau hujung minggu, mm & ad akan membawa anak2 (masa tu masih kecil2 sangat lagi) lepak2 berekrasi di kawasan perkelahan ini. Biasanya kalau ad tak kerja 'out-station luar negeri Kedah' seperti bermesyuarat atau berkursus, anak2 pasti akan siap menanti ad balik kerja yang kadang2nya sampai lewat petang sebab kerja luar pejabat...dan biasanya penantian sebegini akan berakhir di kedai makan je....dalam usaha memujuk hati anak2 la kononnya!


 Kawasan perkelahan dengan pemandangan air terjun yang cantik..

Kakngah teruja nak bergambar di depan tadika yang dihadirinya sewaktu umur 6 tahun dulu.

Sayangnya mm tak dapat nak letak gambar2 lama kat blog ni sebab banyak yang dah teruk sangat dah kelamnya gambar2 tu...

Tuesday, May 29, 2012

Precious Moments Together

 KELUARGA adalah segala2nya dalam hidup ini..
bukan senang nak berkumpul, nak bagi setiap ahli keluarga ada semua sekali

di Cameron Highland, terpesona tengok pokok2bunganya

 
Meneroka taman bunga orang...
Kalaulah dapat buat kat rumah sendiri sikit2 macam ni, tentu seronok!
buah hati pengarang jantung
tambah lagi seorang kekasih di hati mm



cahaya di mata; permata di hati
keluarga besarku; sebelah ad dari Ng9.

Monday, May 28, 2012

LOW MAINTENANCE CONTAINER GARDEN

Taman mini english garden  @ style container garden di rumah mm sebenarnya berdasarkan konsep tropika Inggeris.
Mm membuat pemilihan pokok yang beraneka spesis, warna daun dan rupa bunga kerana percaya dapat menceriakan landskap.
Selain tumbuh2an sebagai elemen lembut, perlu juga ada penggunaan elemen2 kejur seperti arca, air atau batu supaya dapat memberi keseimbangan pada deria kita.
Penggunaan bahan2 tempatan mm terapkan bagi menonjolkan konsep kreatif dan identiti yang menarik.



elemen air yang ringkas


Berdoalah...

Hari ni menemankan anak mm yang bongsu bangun sahur; dia nak berpuasa ganti. Jadi mm pun ambil kesempatan untuk berpuasa sunat 'senin' lah, lagi pun cuti sekolah memang tak masak tengahari pun tak ngapa sebab anak2ngasuh tak ada.
Dalam hidup kita ni, doa sajalah yang menjadi pengubat gusar dan gundahgulana diri. Oleh sebab itulah mm kerap postkan doa2 serta kata2 motivasi untuk sama2 kita hayati dan amalkan, semuga menjadi perangsang untuk kita menghadapi hidup yang semakin mencabar ini.
Dulu mm nak masukkan benda2 macam ni dalam setiap entry (post yang lepas2); bimbang pula dikatakan mm nak menunjuk2 alim @ pandai. Sebenarnya TIDAK; samasekali tidak.

Kata2 motivasi, gurindam, puisi dan sebagainya ini sebenarnya memang sudah menjadi seperti 'makanan harian' atau dalam ertikata lain seolah-olah 'air minum' mm sebab mm memang suka mengumpul, mencipta dan selalunya mm akan tulis semula atau print saja dan lekatkan di dinding bilik dan di tempat2 yang sesuai.
Inilah doa yang elok kita amalkan setiap hari.

buat Naemah Asmawi

MAAFKAN SAYA....





Sunday, May 27, 2012

wanita vs ibu

Alhamdulillah...tercapai dah misi hari ini...tapi tak sempat nak ke library Bg. Serai sebab bergegas nak ke jemputan kenduri di tepi taman kediaman mm. Nantilah bila2 ada kelapangan boleh ajak ad pergi 2-3 hari nanti; dekat je.. boleh jinjing cucu sebab cuti sekolah anak2 ngasuh tak ada...lagipun tak jadi masalah sangat ad nak memandu dekat2 ni.

Cuma kerja dalam rumah ni, memang tak pernah habis2...


Itulah dulu2 semasa anak2 kecil, mm selalu terfikir...
Tetapi namanya pun hati naluri seorang wanita apatah lagi bergelar ibu, kita semestinya berusaha untuk lebih sabar, tabah dan kuat semangat selain kesihatan yang baik melebihi dari anggota keluarga yang lain; supaya kita dapat menjaga ahli rumahtangga serta mentadbir keharmonian semua.



Kadang2 bila badan lesu keletihan, memang kita mengharapkan anak2 termasuk juga suami dapat membantu, setidak2nya, tolonglah basuh pinggan sendiri.
Betul....walaupun pujian diberi tentang hidangan yang dimasak, rasanya lebih berbaloi kalau mereka membantu kerja2 di dapur. Apatah lagi kalau tak pernah lansung nak memuji; tak appreciate betul!
Sedih sungguh....kan?

Ni yang buat mm nak bertanya pada mereka ni.....

Atau.....

 ........baru mereka nak sedar!



decides.....

Bismillahhirrahmannirrahim............
Pagi2 lagi dah buka laptop ni, apahal la pulak mm ni.....?
Harini tak masak sarapan, minum nesvita oat aja sebab dalam pukul 9.30pagi dah berjanji dengan kaklang nak ke perpustakaan awam di Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang untuk menukar buku pinjaman. Boleh terus cari kedai untuk mengisi perut...

Cadangnya nak singgah Parit Buntar nak beli barang2 dapur dulu selepas tu. Dan sebelum balik, nak pula menyinggahi perpustakaan awam Bagan Serai, Perak; dapatlah meminjam buku lagi, buat tambahan; lepaslah cover gian membaca mm ni untuk tempoh  2 minggu yang akan datang.

Biasanya, tugas membawa mm ke library ni kerja atehbaby sejak 4-5 bulan yang lepas; tapi anak mm tu dah berumahtangga dan berada di Johor, sekarang ni mm harapkan kaklang la pulak. Agak2nya selepas kaklang pun berumahtangga, siapalah nak bawa mm jalan2 nanti, ya? AbahDin(ad)?

Masalah dengan ad ni, ada masa2 ok tetapi lebih kerap yang tak ok nya....macam semalam, ingat lepas balik makan kenduri rumah Mahfuzah Mat Isa bolehlah ad bawa mm ke kenduri Kartika Ayu pula; tapi... ad pula tertidur keletihan selepas pergi 2 rumah kenduri....alahai, melepaslah mm! Tak tahulah macamana nak pergi kenduri ke Sik, Kedah 30hb ni.......takut tak jadi je!

Jadinya....apakah mm TERPAKSA memberanikan diri supaya boleh pegang stereng kereta ni?
Hahahahhahhhh.....rasanya tidak dah leee!
Dah semakin penakut dan pengecut lagi ada laaa....
NAK KENA CARI JALAN PENYELESAIAN SEGERA NI....

                           

Friday, May 25, 2012

Pulut Inti

Salam pagi Jumaat....

Pagi ni mm masak pulut inti untuk sarapan.
Sebenarnya hari Isnin lepas semasa pergi ke pasar malam, mm ternampak orang berjualan pulut inti di letakkan dalam polisterin; dijual RM1 satu bekas. Jadi mm pun tetiba je teringatkan pulut inti zaman kecil2 dulu, yang siap dibungkus dalam daun pisang macam nasi lemak tu...
Balik ke rumah, mm tengok pulut yang masa kenduri tu masih ada lagi...tu yang dok berangan nak tanak sendiri tu tetapi malam2 terlupa nak rendam pulutnya.
Malam tadi sebelum tidur, mm pastikan merendam pulut tu terlebih dulu.
Dan pagi ni, terus masak inti serta kukus pulut...
Inilah hasilnya....

Dalam gambar ni, selain secawan nescafe panas, pulut dengan inti kelapa (atas pulut tu), ada sambal ikan bilis, ikan kering(bukan ikan masin) goreng serta ulam daun selom dan pucuk bebuas. Nak bagi jadi makanan seimbang lah katakan!
Ni cara mm buat pulut ni...
Rendam semalaman beras pulut (ikut banyak mana suka; 3 pot nasi letrik misalnya) Kalau nak cepat 3-4 jam pun ok cuma lagi lama direndam, cepat sikit ambil masa untuk mengukus.
Esok pagi, basuh pulut. Kukus dengan 1 daun pandan.
Sediakan santan; dari santan segera kotak atau serbuk pun boleh juga. Agak2 dalam 2 cawan.
Selepas 15 minit, angkat dan masukkan pulut dalam bekas serta tuangkan santan.
Kacau sampai sebati, masukkan semula dalam periuk pengukus, kukus lagi dalam 20-30 minit atau sehingga pulut masak.
Inti kelapa 
Kelapa mesin/parut dimasukkan ke dalam air serta gula putih/perang/melaka/kabung dan daun pandan.
Masak sehingga sebati, bancuh 1 sudu tepung gandum dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi sehingga pekat. Angkat & bolehlah dihidang.
Maaf,semuanya main anggaran je...mm punya style!


Thursday, May 24, 2012

selamat pagi...

Salammm....
Selamat pagi...
Mari berdoa sebelum minum semug NESVITA...


mug pun dok tesenyum,
 semuga hari ni membawa keriangan