Friday, May 31, 2013

jalan2 ambil angin..

Makan angin ke PULAU PINANG
Heheheh...bunyi macam melancong makan angin ke luar negara! 
Padahalnya, sebelah negeri kediaman jeee..

30/5/2013; anakmenantu bawa mM dan adikAisyah jalan2 ke Pulau Pinang; sebagai ganti sebab kami tak jadi nak ke rumah mereka di Johor Bharu sempena cuti sekolah ni atas sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan. Turut juga dibawa bersama besan mM,; kakLin.
Asal2nya janji pada tarikh ni mM dan aD akan hadir ke Gurun Kedah, ada jemputan kenduri kahwin kawan2 kami yang juga pasangan staff aD semasa dia jadi pengurus bank di cawangan Guar Chempedak, Kedah sekitar 1985-87 dulu. Dek kerana tak ada yang dapat menemani dan menjadi 'co-pilot' (sebenarnya aD yang dah jadi co-pilot tu! mM juga yang jadi mem..puan besar gitu, hehehe)...jadi tak dapatlah nak pergi.
 Naik Bukit Bendera...

Tak ke mana pun kat atas tu...
...sekadar jalan2, makan2 dan solat ja kat atas tu.
Pemandangan dari atas bukit...


Cantik pemandangannya, yang lebih menarik tu keretapinya...
dulu special & slow; sekarang dah laju..sebab tu orang sebut kereta kabel kot!
adikAisyah lah yang seronoknya...
Turun saja dari bukit tu, kami pusing keliling pulau dengan kereta...ikut jalan pantai; cantik sangat pemandangannya. Ikut jalan Tanjung Bunga, Teluk Bahang...menarik sungguh.... nampak pantai dan laut.
Cuma jalan berliku dan agak merbahaya. Kesian adikAisyah, sampai termuntah2 mabuk perjalanan.

Berhenti di Taman Rama-Rama, nak masuk pun berkira2...mahal sangat sebab rasanya macam tak berbaloi kalau sekadar nak tengok rama2..kat taman bunga mM pun berlambak rama2, ulat beluncas, kepompong, sesumpah, tebuan dan seumpamanya tuuu...hehhheeehhh, dasar kedekut! Lagipun adikAisyah kata, dia dah masuk kat dalam tu semasa ikut rombongan sekolah.

Lepas tu pergi pula ke Muzium TOY.
Pun mahal juga....alaaaa, semuanya nak murah! Kalau tak mahu berbelanja; duduk kat rumah ja lah mM ooi...




Nahhhh tengoklah....antara mainan & boneka yang dipamerkan. Mesti ada kanak2 yang datang mengamuk guling2 di lantai sebab nak kan barang tu!

Letih tapi seronok, maklumlah setidak-tidaknya berpeluh jugalah mM..yang lama dah tak berjogging ni.

Terimakasih banyak2 Kamal Sofien dan ateh Fiza Akmar.

No comments:

Post a Comment