Wednesday, May 8, 2013

impian sekadar impian..

 Bestnya kan, kalau dapat rumah 'country cottage' macam ni.... penuh pokok bunga di depannya dan membelakangi kehijauan bukit.

Sesungguhnya, walau macammana rupa rumah kediaman kita, yang penting..
Serupa jugalah dengan negara tanah tumpah darah kita MALAYSIA ni...
Parti apa pun yang memerintah, tolonggggg lah..jaga keamanan, kesejahteraan dan kestabilan negara ini. Yang pentingnya, Islam tidak diperkotak-katikkan. Kalau pemimpin hidup dalam kemewahan, terpulanglah pada Allah. Sesungguhnya Dia sahaja yang Maha Mengetahui...kemewahan itu datangnya secara halal atau haram. Yang kita pun kalut sangat kenapa? Asal jangan sampai kita nak suap nasi ke mulut pun tak ada sebab habis dia sapu...

Dalam hidup kita ni, tak perlukan banyak kemewahan apapun. (Kecualilah kalau memang itu yang diangan2kan sedari dulu...) Bak kata perbandingan, misalnya jika kita naik kapal terbang..yang mampu mungkin duduk kelas paling istimewa; sedangkan kita yang tak mampu cukuplah cuma duduk di seat ekonomi ja. Mengapa nak jeles2... kalau dah tiba ke destinasi nanti, sama2 juga sampai pada masa yang serupa; dan seandainya jika trajedi kapalterbang jatuh terhempas, yang duduk di kelas mewah ke, kelas ekonomi ke..sama2 juga menerima akibatnya!

mM malas nak mengulas atau bercerita fasal keputusan pilihanraya, tak ndak menambah dosa2 kering & basah. Membaca di fb & twitter pun dah sakit dada dah..(sakit bukan sebab jantung meragam tapi sebab kerap sangat mengurut dada!)

............................................

Lama sangat tak membersihkan rumah. Hari sabtu lepas Along balik, sempatlah dia meng'vacuum'. Alhamdulillah, lega. Kurang sikit habuknya...tapi selepas 2 hari dah nampak berdebu balik rumah ni. Kenapa ya?
Nak dibersihkan hari2, tak terdaya. mM takut semput menyerang. Lama dah tak kena LELAH ni...dok bertahan ja mM ni, tak nak buat kerja2 berat...Asma ni memang turun temurun, walaupun mM tak pernah lagi diserang seriously sampai terpaksa kena sedut gas/ubat dan sebagainya tu.

Dulu2 rajin, terpaksa rajin sebenarnya, mengemas mencuci membersih rumah setiap hari....maklumlah ada anak2 kecil, ramai pula..takut mereka yang terkena apa2 jangkitan. Jadi masa tu, kerap jugalah mM ni tercungap2 serta bernafas pun berbunyi 'hik hik..' bila selesai buat kerja2 tu; asma menyerang sebab selain penat, berhabuk pula. Masa tu, nak buat macammana lagi, terpaksa hadapilah juga dengan sabar dan tabah, sesiapa pun tak tahu deritanya menanggung sakit...
 Inilah penghibur lara mM...riuh rumah dulu2 dengan suara mereka.
Aisyah, anak bungsu mM
selepas 12 tahun tak beranak kecil...

apakah kita betul2 ta'at dengan jadual seperti ini?
Ni, mM saja nak letak gambar2 ni...teringin nak buat loteng (apa tah lagi cantik2 macam ni) sejak kami membeli rumah di Taman Ria, Sg. Petani tahun 1987 dulu lagi...tapi nampaknya..sah sah lahhhhh tak dapat!
 Selain cantik ianya juga menjimat ruang, kan...

No comments:

Post a Comment