Kali ni aD & mM mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Buluh, Bg. Serai, Perak.
Selalunya di Pertubuhan Peladang Kawasan Jln Taiping.
Tak tahulah mM, samada pusat undi yang lama tu sudah tak digunakan ke lagi..
Along, Angah dan Alang memang baru inilah pertama kalinya mengundi. Ateh pun, namun tak dapat balik dari Johor. Acik pula, baru Januari 2013 mendaftarnya!
Kami keluar awal sebab tak nak berbaris panjang, lagi pula Along terpaksa pula bekejar ke Behrang sebab isterinya mengundi di sana.
Semasa mM menulis ni, Alhamdulillah..Hanim dah pun selesai mengundi.
Kali ni SPR menggunakan dakwat untuk menandakan seseorang sudah mengundi.
Dulu, dipertikaikan 'pengundi hantu' tapi sekarang pun TETAP juga dipertikaikan...malahan lagi teruk!
Dulu, suruh letak tanda/dakwat kekal, dah dibuboh...kecoh pula pasal tak kekal!
KEKAL? Cat rumah pun tak kekal, oooi..; dah tu yang korang sibuk2 pi basuh, tonyoh lah..sapa suruh? Kasik rendam clorox lah itu jari, lagi cepat lunturnya!
Macam2 hal, sengaja suka buat kecoh.
Macam tu juga dengan pengundi hantu...peninglah kita yang orang2 biasa2 ni memikiau nya.
nak solat asar...masih gelap lagi dakwat kat jari tu.. |
Itulah....buat apa, kita sibuk2 memfitnah maki sana-sini walhal kita sekadar dengar cerita atas cerita ja... asyik dok 'copy n paste' fitnah di laman2 sosial maya!
Moh relax je lah, apa2pun...
Bagi mM, .....yang pentingnya mM sudah tunaikan tanggungjawab dan kewajipan sebagai seorang warganegara kepada negara yang merdeka lagi berdaulat ini.
No comments:
Post a Comment