Friday, May 24, 2013

berehat di Sg.Sedim


Hari sabtu lepas, mM dan adikAisyah ikut kaklangAizatul berombongan ke Sg. Sedim, Kulim, Kedah untuk acara Hari Keluarga pejabatnya.
Sebenarnya, 3 tahun sudah, mM dah sampai dah ke sini. Datang seisi keluarga tapi tak tido..saja jalan2 je, lagipun adik mM pun tinggal berhampiran sini juga, di Karangan.
Kali ni mM bertiga menginap di sini. Best, udaranya sejuk dan nyaman. Tiada tv, tiada internet dan juga tiada @ payah nak dapat talian talipon. Kiranya, kalau betul2 nak berehat, nak melarikan diri dari hiruk-pikuk dan pencemaran bunyi serta udara...mai la sini!
Pemandangan air terjun dari beranda chalet penginapan kami.
Pemandangan sungai dan airterjun dari cafe.

 Tangga titi menyeberangi anak sungai.
Kalau berhajat nak menulis novel ke...elok sangatlah!

Sebelah malamnya, ada BBQ...


comel sangat kaki pasu tu..tu yang ambik gambarnya tu..
Pagi esoknya pula selain bermandi-main air, ada yang berkayak.
macam ni...
AdikAisyah dan kaklang memang tak lepaskan peluang...
mM tidaklah...mandi ke main air ke memang tak gemar; dari muda2  dulu pun gitu..malu kot!
Sekadar suka makan angin je!

Sebelum balik, kami berjalan di sini...berjalan di udara..hehehhe sebab kaki dah nak sama pucuk pokok!
Ni lah dia...titi gantung!

ni peta perjalanannya!
dari daerah Kulim sampai ke Baling, tau!
adikAisyah...syioknya!
mM & aA
berehat sekejap selepas tamat perjalanan...

Seronok...menikmati keindahan alam ciptaan Illahi!

No comments:

Post a Comment