Rejab dah sampai....sekejap saja masa berjalan.
Tak lama saja lagi, bulan Sya'aban dan semuga dapat bertemu lagi Ramadhan tahun ni, InSyaaAllah.
.....itulah, masa yang berlalu...
Sayunya hati mengenangkan umur yang semakin lanjut tapi 'amalan tak seberapa...itupun tak tahulah diterima ke tidak!
Sekadar buat peringatan untuk diri sendiri..Lama jugalah mM dok teringat yang mM memang dah tak buat entri masak-makan dalam blog ni. Alasannya mudah ja...lama sangat dah mM tak memasak masakan yang 'berjenis'.
Ya lahhhh, orang dah semakin rajin!
Itu sebabnya kat fb mM tu sunyi je dari dok post gambar2 lauk-pauk dan sebagainya.
Lagipun mM kalau pergi makan kat restoran, jarang nak ngambil gambar makanannya sebab rasa tak best pula dok promote menu orang!
Hehehe..satu hal lagi, tak mau la anak2 yang lain yang tak dapat bersama mM ketika itu menelan airliur pulakkkk! Itulah, hati seorang ibu, yang dalam mulut pun sanggup diluahkan demi anak2.
Semalam, terbaca pula artikel ni...
Pandai2lah korang buat persepsi sendiri. Yang penting...ini bukan provokasi, jauh sekali nak memerli!
-----------------------------------------------
Pagi ni, sepatutnya mM ikut aD ke sekolah adikAisyah sebab ada Majlis Anugerah Cemerlang 2012. Mula2 tu menantu mM, Kamal yang nak ngasuh anaknya siZaheerah memandangkan pagi ni mamanya ada Sukan Tabika Perpaduan.
Itulah, nak dijadikan cerita, malam Jumaat lepas; ayahnya Zaheerah pula dimasukkan ke wad Hospital Seberang Jaya. Apalagi...terpaksalah bertukar plan. Walau apapun, Alhamdulillah, Kamal dah keluar wad.
Cuma kasihankan adikAisyah sebab semasa ceramah keibubapaan tu, mM tak ada di sisinya. Syukurlah, dia berjaya dalam pelajarannya setakat ni.
....semuga dari masa yang berlalu...
adikAisyah akan terus diberikan kekuatan minda serta kurniaan kesihatan tubuh badan dan akal fikiran yang molek oleh Allah dalam mengharungi hari2 yang mencabar nanti.
Dalam dok menggoogle tadi, terjumpa reban ayam moden ni....cantik; kalau tak tinggal di kawasan perumahan @taman, mesti mM pun teringin nak bina 1 macam ni! Baru betul2 'country style'...kan?
...masa yang berlalu..........tapi, teringat dulu2 masa kecil mM tinggal di Parit 1, Jln Taiping...macam ini ja lah rupa reban ayam kampung dan ayam daging yang keluarga mM ternak tu..
Sesungguhnya masa telah merubah segalanya!
Inilah kemodenan dan kemajuan yang dapat dikecapi jika negara aman damai.
Marilah sama2 kita benteras kecoh2 jalanan dan politik melampau!
No comments:
Post a Comment