Monday, June 3, 2013

projek paling membosankan vs yang jadi kesukaan

Lama jugak lah tak menjahit langsir2 ni...maklumlah kebiasaannya, mM menukar langsir di rumah kalau nak buat kenduri kahwin je! Bukan sebab nak raya macam orang lain. Lagipun sekarang ni dok seronok menjahit craft; sebab tak perlu terkira2 ketepatan ukurannya.
Leceh, boring dan jemuuuuu sesangat jika syik dok ngadap benda yang sama berlama2an.
Ayoyoyoooo...memang mM tak boleh cari makan ni kalau nak harap jadi penjahit langsir. Dasar kau pemalas, mM!
Nak dijadikan story, bulan lepas...(oup, bulan April lah, 2bulan lepas tuuu!....lamanya) tetiba bisan mM mengantar kain untuk dijahit langsir raya. Adooooi, serba salah jugalah dibuatnya. Nak diterima, takut tak terjahit..Tak diterima, bimbang kecik hati pula!
Nahhhh...bayangkan, baru hari ni nak usik kain tu. Harap dapatlah siap sebelum tengah bulan Jun ni!

Macam mM tulis di awal2 tadi, mM lebih suka jahit hiasan@kraf khasnya yang tidak terikat dengan tuntutan masa atau date-line. Sesuka hati bila2 masa boleh disiapkan.

Niii, tengok ni....
Selepas solat subuh dan mengaji seperti kelazimannya, pagi sabtu yang lalu mM pun memulakan misi menjahit beg kain ni. Dalam masa kurang 2 jam dah siap!
fabric-bag;
siap ada poket lagi
dan bergetah
Tujuan buat beg ni, untuk mengisi mainan & soft-toy cucu mM; Aqil.
Tuuuu yang tergesa2 dan kalut menjahit tu, takut kalau tertangguh nanti, tak berkesempatan pula dia orang nak bawa balik ke Johor Bharu.
Boleh lah isi semua ni dalam 1 beg...

No comments:

Post a Comment