Sunday, June 23, 2013

Sukun

Ni namanya buah sukun. Mungkin ada yang tahu nama saja tapi tak pernah tengok buahnya; dan mungkin juga ada yang lansung tak pernah dengar namanya pun. Dalam bahasa Inggerisnya dipanggil breadfruit.... ini berkemungkinan sebab isi didalamnya lembut berspan macam roti gitu!
Ini rupa pokoknya...kalau nak tahu tentang pokoknya pula; pandai2lah korang search, ok? mM malas lah nak 'copy & paste' je!
Niiiii...isi dalam selepas dibelah.
Nah...dah masak pun. mM buat goreng, seeeedap isinya lembut, gebu gitu tau!
Potong2 celup dalam tepung gandum + tepung beras sikit, goreng terendam (deep-fat fry) dalam minyak panas.
Kalau yang jual kat warung tepi jalan tu biasanya dihiris nipis2, sama juga dengan pisang dan keledek goreng. mM memang TAK SUKAlah nipis2 sangat tu, macam makan keropok pula!
Biar tebal sikit, baru terasa texture isinya tu.....dan dicicah dengan gula putih sebab isinya memang tawar walaupun buahnya masak ranum.
Nyummmnyammm Nyummmnyammm....
Terimakasih, cikguZaiton; iran depan rumah yang sedekahkan mM buah ni.

Ini pula mM masak serawa /pengat /bubur sukun & labu kuning. Bila kita guna labu ni, gula boleh dikurangkan sebab isi labu ni memang dah manis dah sikit.
....nah, yang ini lagilah Nyummmnyammm Nyummmnyammm.....
Ada mM terjumpa kat google, sukun ni dibuat LEPAT dan BINGKA/BINGKANG.
Lepas ni bolehlah nak try pulak!

No comments:

Post a Comment